Monday, July 1, 2013

Cream Puffs


Cream puffs ni second round I buat dalam waktu terdekat before puasa. Memenuhi permintaan Cik Wa yang x puas makan masa round 1 hari tu. Resepinya, memang I setia dengan resepi Umi Imah ni sejak dr RNet lagi .. Cuma Custard Filling tu I improvised sikit dengan menambahkan whipping cream, dapat idea selepas jengah Cream Puffs Kak Ita ;)


CREAM PUFFS
(Sumber : Umi Imah)

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung – diayak
¼ st garam
1 st gula 4 biji telur

Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan. 


Custard Filling

500ml susu segar 
100g gula 
80g tepung custard 

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.



** Untuk dapatkan inti krim kastad yg lebih creamy, Ain tambah 1 cawan whipping cream yg dah dipukul hingga kental ke dalam adunan kastad yg telah disejukkan terlebih dulu.


2 comments:

  1. Looks tempting. Nak cubalah. Acuan tu, u pakai size apa ye? I mmg suka yang inti whipping cream. Kalau beli kat sini x pernah jumpa yg inti whipping cream.

    ReplyDelete
  2. kak ain tray tuh nmpk cantik and mcm x melekat je..beli kt mane?

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...