Sunday, June 30, 2013

Udang Brastagi


Ada balance udang yg hubby bawa balik dr Sabah hari tu xtau nak masak apa. So kita terasa nak cuba resepi baru .. terus selongkar dapur Ayu .. suka gi dapur dia sebab dia rajin cuba macam-macam resepi dan dah banyak yg dia cuba. Belek-belek dengan bahan-bahan yang ada maka kita pun cuba la resepi ni .. Brastagi pon dah pernah sampai, tapi udang brastagi belum pernah rasa. Nak tau gak, apa pasal namanya gitu ... hehe ...

Ayu gandingkan lauk ni dengan Nasi Komok (mmm ... another recipe yg macam menarik utk dicuba sbb dia dah buat a few times nih), tapi kita agak malas ler pulak hari tu .. jadi makan dengan nasi putih je la ..

UDANG BRASTAGI 

Sources:- resepi Mesra.net
Link:- Ayu@curlybabesatisfaction

2 ekor udang yang besar
2 labu bawang besar
5 biji cili merah + beberapa cili padi 

1 ulas bawang putih
½ cawan minyak makan
Sedikit garam dan gula

1 biji lime juice


Udang dibersihkan kemudian digaulkan dengan sedikit garam halus dan goreng hingga kuning. Cili merah digiling halus bersama dengan bawang putih. Bawang besar dimayang kemudian panaskan minyak dan tumiskan hingga kuning, lepas itu masukkan cili, garam dan gula. Bila sudah garing, masukkanudang dan balik-balikkan hingga sama rata. Hiaskan dengan salad, tomato, cili merah dan daun bawang semasa menghidangkannya.

** Sesuai juga jadi menu iftar or sahur ni ..


2 comments:

  1. Salam ramadan buat ain & family.. Percaya tak akak baru perasan posting ain ni!!! Macam mana bole tak perasan ni ain... Adeh... Mata dah cemeh kot.. Haha. Thank u sudi cuba ya harap kena dgn selera.. Raya tahun lepas adik beradik hubby datan dihidangkan dgn menu ni & nasi komok tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Ayu .. so lonnggg kan .. was frustrated at one time bila akak closed ur blog .. huhu .. i xleh masuk to check out ur recipes. Alhamdulillah dah buka balik ;) One day, I nak try lah nasi komok tu .. mcm best je. Tq sudi lagi jengah sini ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...