Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Tart Gulung

Resepi ni asalnya memang i simpan untuk cuba sempena aidilfitri 2008 hari tu, tapi tak berkesempatan. Masa balik kampung musim raya hari tu, my beloved induk tanya macamana nak buat tart gulung. Apa lagi, ni peluang keemasan yg ditunggu-tunggu. I dengan excitednya sibuk ler nak tunjukkan caranya, boleh cuba resepi Kak Ita (Ita Delights), dah berkembang bisnes akak ni, siap promo bisnes kat Astro Awani tahun lepas.


Menurut kata Kak Ita, tart ni istimewa, sebab dia akan hanyut dimulut disebabkan kelembutannya... Hasil ujikaji i haritu... memang pon, i like. Hafiy pon suka sangat. Tapi induk i kata, lembut sangat, mudah hancur. So, siapa yang buat tart ni kena la lebihkan kelembutan tangan tu yer, supaya tak le mudah pecah biskut anda nanti.

TART GULUNG

(Sumber: Ita Delights)

BAHAN A:
250 gm butter
2 steh gula kastor
2 biji kuning telur
2 steh esen vanila

BAHAN B:
200 gm tepung jagung
180 gm tepung gandum

Jam nenas secukupnya
Paper cup - i tak guna pun
Kuning telur untuk sapu

1. …

Sotong Berkicap Ala Thai

Hari ni i nak share this recipe which i first ate at Nek Mah's house.... Thank you Nek Mah, ajak kami lunch masa tu . Dapat gak merasa resepi baru yg dia cuba. Was on the way to the 2 ninjas taekwondo class back then & dropping by her house ... can't really recall why. Tapi kami memang rajin juga la singgah2 umah Nek Mah ni. Dan Nek Mah pon tak kurang hebatnya bab-bab mencuba resepi baru, tapi more towards masakan la, bab baking ni ada kurang sket sebab xde oven. Menurut katanya hari tu resepi ni dia jumpa dalam majalah saji Jun 2007. Apa lagi, lepas i rasa masakan dia masa tu, sementelah menunggu ninja-ninja tu habis bertaekwondo (apa la... ninja belajar taekwondo lak ye, patutnya karate ), i pon gi le rembat majalah saji tu kat kedai mamak kat bawah tu.
Resepi ni memang sesuai utk seisi keluarga terutama yg ada anak2 yg belum remaja sebab ada rasa kicap, sos tiram, masam-masam sikit & tahap kepedasan tu boleh disesuaikan samada nak letak cili burung or cabai biasa …