Monday, March 16, 2009

Tart Gulung


Resepi ni asalnya memang i simpan untuk cuba sempena aidilfitri 2008 hari tu, tapi tak berkesempatan. Masa balik kampung musim raya hari tu, my beloved induk tanya macamana nak buat tart gulung. Apa lagi, ni peluang keemasan yg ditunggu-tunggu. I dengan excitednya sibuk ler nak tunjukkan caranya, boleh cuba resepi Kak Ita (Ita Delights), dah berkembang bisnes akak ni, siap promo bisnes kat Astro Awani tahun lepas.


Menurut kata Kak Ita, tart ni istimewa, sebab dia akan hanyut dimulut disebabkan kelembutannya... Hasil ujikaji i haritu... memang pon, i like. Hafiy pon suka sangat. Tapi induk i kata, lembut sangat, mudah hancur. So, siapa yang buat tart ni kena la lebihkan kelembutan tangan tu yer, supaya tak le mudah pecah biskut anda nanti.

TART GULUNG

(Sumber: Ita Delights)

BAHAN A:
250 gm butter
2 steh gula kastor
2 biji kuning telur
2 steh esen vanila

BAHAN B:
200 gm tepung jagung
180 gm tepung gandum

Jam nenas secukupnya
Paper cup - i tak guna pun
Kuning telur untuk sapu

1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan jadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & tarik panjang
4. Letak inti ditengah & gulung.
5. Masukkan ke dalam paper cup & sapu kuning telur diatasnya.
6. Bakar selama 25 minit

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...