Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Saturday, August 19, 2017

Kerabu Maggi Siam


Kerabu maggi siam ni memang kegemaran ramai la kat rumah ni. Rasa dia yang lengkap masam, masin, manis dan pedas sikit memang cukup membangkit selera la nak-nak time bulan puasa hari tu dah xtahu nak makan apa untuk berbuka. Bila cousin bagi maggi siam ni dekat sepuluh bungkus, my mom pon kata buat la kerabu maggi sebab the kids asyik minta beli kat bazaar je.

Maka tu la sebekas container besar kita buat ;)

KERABU MAGGI SIAM

Maggi Siam - dicelur
Sotong - dicelur
Udang - dicelur
Sosej - dicelur
Crabstick - dicelur
Sayur (optional : carrot, kubis, daun ketumbar, daun bawang)
Perahan air limau nipis - jika kurang masam
Sedikit cilipadi - dihiris halus

**Bahan-bahan ni sukatan ikut anggaran sendiri je.

1. Celur semua bahan-bahan dia kecuali maggi. Sama ada nak celur semuanya sekaligus atau asing-asing terpulang. Kalau boleh asingkan la sebab tempoh empuk/masak semua bahan tu tak sama. 
2. Celurkan bahan utamanya pulak iaitu maggi. Lepas tu jangan lupa toskan dan kemudian masukkan dalam mangkuk.
3. Masukkan perencah yang disediakan. Kemudian masukkan bahan-bahan sampingan dan gaul rata.
4. Kalau rasa tak cukup masam, sila perah limau nipis atau masukkan tomato then gaul rata.
5. Kalau nak rasa basah-basah sikit boleh la masukkan sedikit air rebusan tadi sikit. 

Wednesday, April 19, 2017

Kerabu mangga bunga kantan


"No matter what's going on in your life, never lose hope. Stay positive in the bad times, stay humble in good times and always Trust Allah!"

Allahumma Ameen. A daily reminder to keep me strong. 

Ya Allah, bukakan jalan untukku ... sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha mengasihani. I am having some bad days ... I am just feeling down ... huhu ... mmm ... should I rest my case ... and just be a housewife? ...

Kerabu ni ialah lauk sampingan yang digandingkan dengan bubur lemak udang tu. Simple je as I campak apa-apa yang ada dalam fridge ... hihi. Lagi pun nak cepat sebab anakanda kat Seremban nun dok call beberapa kali dah pukul berapa nak sampai.

KERABU MANGGA BUNGA KANTAN
(ain@my-sweetthots.blogspot.com)

Buad mangga ~ dibuang kulit & dihiris memanjang
Bunga kantan ~ dimayang halus
Cilipadi ~ dimayang halus
Bawang besar ~ dihiris
Daun ketumbar, jika suka ~ dimayang
Ikan bilis goreng ~ ditabur begitu shj
Kacang tanah goreng
Perahan jus limau nipis
Garam dan gula

Gaulkan kesemuanya, sesuaikan rasa dan hidangkan.

Tuesday, August 19, 2014

Kerabu Tomato Ikan Bilis


I just love kerabu, be it just vege or a mix with some seafood or meat. Kerabu tomato ni salah satu cara I nak menghabiskan tomato sebelum dia lembik. Buat macam ni, kejap je licin. Kalau x, x berusik la tomato tu tergolek2 je dlm fridge x dipandang pon ;)

KERABU TOMATO IKAN BILIS
(ain@my-sweetthots.blogspot.com)

Tomato ~ dibuang isi tghnya, dipotong kasar-kasar
Cilipadi ~ dimayang halus
Bawang besar ~ dihiris
Daun ketumbar, jika suka ~ dimayang
Suhun, jika suka ~ dicelur masak, toskan
Ikan bilis goreng ~ ditabur begitu shj atau boleh juga disangai kering & blend halus
Kacang tanah goreng
Perahan jus limau nipis
Garam dan gula

Gaulkan kesemuanya, sesuaikan rasa dan hidangkan.


Thursday, September 2, 2010

Kerabu Peria/Kambas & Daging Goreng Kunyit


Menu dah basi gak ni. Permintaan en.suami masa dia ternampak peria ni kat giant, teringat arwah mak dia pernah masak. Alahaii... syahdu pulak dengar bulan puasa ni. Maka si isteri walau pun x pernah buat, terus beli excited nak tolong buatkan. Bahan2 nak buat tu dah boleh agak ler cemana tapi just nak confirm balik, I telepon my auntie. Sedap... tapi peria/kambas ni I x pandai pilih kot, agak pahit la dr yg biasa dimakan.

Kerabu Peria/Kambas

1 ekor ikan kembung ~ direbus, ambil isi sahaja
1 btg Peria/Kambas ~ dihiris nipis2, celur sebentar je, jangan layu sgt.
Bawang merah ~dihiris
Halia ~ dihiris
Lada hitam ~ ditumbuk kasar
1/2 cwn santan pekat
Garam

Gaulkan kesemuanya, sesuaikan rasa. Boleh disimpan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.

Selain dari kerabu, I masak daging goreng kunyit ikut style family hubby biasa masak. Kalau my mum biasa masak daging kunyit ni berkuah. But org kelantan punya versi kering, tapi sedap jugak! Nak cepat, snap pun dr bekas yg dah ditapau nak bawa berbuka kat rumah mak je ;)

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...