Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Mee Bandung

Mee bandung ni, I buat sebulan lepas. Kes teringat mee bandung tulang rusuk kat pasar pagi bukit indah, ampang tu ... tu yang saja nak buat sempena celebrate birthday Hafiy. Kali ni I cuba resepi dr kak Azie's Kitchen sebab cara & bahan-bahannya agak simple je tapi nampak sangat la tempting ;)
MEE BANDUNG
Sumber: Azie Kitchen

1 bungkus mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong - potong bulat
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
Sawi
Hirisan daging (tak letak)
Air rebusan daging (guna kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur

Bahan Kisar:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Bahan hiasan:
3 keping tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan cili merah

Limau kasturi/limau nipis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.

Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masu…

Kek Oren Marble Lembap

Kek oren mmg my all time favourite. Teringat, mak pun suka kek ni. Aritu boring xleh wat keje kat ofis ni ternampak che mat post gambar kek oren kat blog dia. Dan dan tu teringin, macam terbau-bau je wangi oren kek ni kat hidung ni ha ... tapi dek asyik lambat je sampai rumah hari-hari xler dapat buat-buat lagi sampai la semlm, dah xtahan sgt rasanya. Walaupun dah dekat nak tgh mlm, xkira ... semangat sangat nak baking ... gagahkan diri utk buat juga ...  tapi at last bila dah siap, takut lak nk ngap. Haha ... Tahan nafsu je menunggu esok harinya ... nasib baik sedap & very moist. To those yang suka kek yang cair di mulut, boleh la cuba resepi ni, In sha Allah x mengecewakan.
KEK OREN MARBLE LEMBAP
Resepi: Chef Wan
Sumber: CMG

200 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, emborg, golden churn)
1 cawan gula kastor (asingkan 2 camca besar)
2 biji orang sunkist saiz sederhana. cuci dan lap kering
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
3 biji telur gred A, …

Brownies Batik Cheese

Tadaaaa ... meh I nak share satu resepi brownies best ... bercakap pasalnya pon dah buat I rasa teringin lagi. Pada hal baru pagi tadi I makan the last kopek. Rupa brownies I ni nampak kurang cun tapi serious sedap sangat rasanya, yum .. yum .. yummehh .. tambah kalau guna coklat bar/cooking choc utk brownies tu ... lagi la terangkatss uols ... kalau x control, mmg sekejap je la licin iols makan ... bahaya woo.

Resepi ni I dapat inspirasi dari #cikkiah kat IG. Masa tengok dia share ... adoi ... xnyempat-nyempat rasa nak cuba. My tamakness ... made me double the recipe, confident giler kan ... haha ..
BROWNIES BATIK CHEESE Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com Inspired by: #cikkiah IG
240g semi sweet chocolate bar/cooking choc/coklat cip - cairkan
Adunan A: Gaul bersama 130g gula 80g minyak 2 biji telur 2 biji kuning telur 1 tsp vanilla essence
Ayakkan bersama bahan-bahan kering berikut: 120g tepung 120g serbuk coklat 3g atau 1/2 sudu teh baking soda 3g atau 1/2 sudu teh garam
Biskut mar…

Fruit Infused Detox Water: Pineapple & Mint

and here's another one ... haha ... awat cheq rajin terlajak lak ni kan ... sejak ada jug seksi menawan ni mmg agak rajin ler buat infused drink ni. Oh ye, yang ni hubby kata macam kuah laksa rasanya .. boleh? hehehee .. nasib ai bukan tengah minum, kalau x mau tersembur or tercekik air pulak ... ntah apa-apa la mamat tu ;) ...

Pineapple/Nenas:
membantu melegakan sakit sendi dan arthritis

Mint/Pudina:
menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar liur dan enzim-enzim pencernaan.

Fruit Infused Detox Water: Orange, Lemon, Ginger & Lemongrass

Cerita air lagi .. hehe .. just nak share one of my favourite detox water. What's yours?

Orange:
membantu peredaran darah yang sihat

Lemon:
membantu penghadaman dan menyegar nafas

Ginger/Halia:
popular sebagai pemangkin sistem immunisasi badan

Lemongrass/Serai:
banyak khasiatnya, antaranya ialah membantu menyahtoksikkan hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing dan saluran pencernaan. Dalam perubatan ayurveda, serai dikatakan mampu mengurangkan stress. Kajian pemakanan pula mendapati serai juga kaya dengan anti-oxidant.

Cara-cara menghasilkan Infused/Detox Water:
1.Potong/hiris buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bentuk yang mudah dimakan/bite-sized.
2. Susun buah-buahan yg dihiris ke dalam balang 1 liter.
3. Tuangkan air sehingga memenuhi balang dan tutupkan balang tersebut.
4. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit untuk rasa dr buah-buahan itu meresap ke dalam air.

My first Water Kefir

Cendawan Tiram Celup Tepung & Welcome 2015

Dah lama kita menyepi ... sampai dah masuk tahun baru, kan ...isy, isy ... bz sangat sejak jual insurans ni  ... pening okeh kepala akak banyak nau insurans plan nk kufahami ... hihi ... xsempat la nak hai-hai kat sini ... to warm up balik this space, here's my version of cendawan celup tepung which my doubleH suka sangat. CENDAWAN CELUP TEPUNG ain @ my-sweetthots.blogspot.com Bahan-bahan A: 1 paket cendawan tiram 1 sudu the serbuk kari 2 senduk kecil tepung gandum sedikit tepung ubi kayu sedikit serbuk lada sulah garam secukup rasa 2 - 3 biji telur - dipukul minyak untuk menggoreng Gaul rata bahan-bahan A. Panaskan minyak ke dalam kuali. Ambil sekeping cendawan tiram, celupkan ke dalam telur yg telah dipukul dan golek-golekkan dlm campuran tepung tadi sehingga menyaluti cendawan tersebut dan masukkan ke dalam minyak panas. Ulangi proses tadi sehingga selesai. Cendawan yg digoreng hendaklah dibalik-balikkan supaya sekata masaknya. Ia x memakan masa yg lama utk digoreng, jadi apabila…