Monday, January 5, 2015

Cendawan Tiram Celup Tepung & Welcome 2015

 

Dah lama kita menyepi ... sampai dah masuk tahun baru, kan ...isy, isy ... bz sangat sejak jual insurans ni  ... pening okeh kepala akak banyak nau insurans plan nk kufahami ... hihi ... xsempat la nak hai-hai kat sini ... to warm up balik this space, here's my version of cendawan celup tepung which my doubleH suka sangat.
 
CENDAWAN CELUP TEPUNG
ain @ my-sweetthots.blogspot.com
 
Bahan-bahan A:
1 paket cendawan tiram
1 sudu the serbuk kari
2 senduk kecil tepung gandum
sedikit tepung ubi kayu
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
 
2 - 3 biji telur - dipukul
minyak untuk menggoreng
 
 
Gaul rata bahan-bahan A. Panaskan minyak ke dalam kuali. Ambil sekeping cendawan tiram, celupkan ke dalam telur yg telah dipukul dan golek-golekkan dlm campuran tepung tadi sehingga menyaluti cendawan tersebut dan masukkan ke dalam minyak panas. Ulangi proses tadi sehingga selesai. Cendawan yg digoreng hendaklah dibalik-balikkan supaya sekata masaknya. Ia x memakan masa yg lama utk digoreng, jadi apabila warnanya dah bertukar keperang-perangan segera angkat & toskan. Enak dimakan begitu sahaja ...
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...