Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Bihun Soto

Ni menu SIL datang beraya hari Ahad, 2 hari lepas. My SIL datang dr KB nak tolong jaga cucunya sbb anaknya nak uruskan barang-barang pindah rumah. Actually dekat je dia pindah, dari Blok B ke Blok A ... haha ... 
Teringin lak rasa nak makan bihun soto sebab time raya kat kelantan hari tu xjumpa menu ni ;). Kali ni I try resepi yang di share kat facebook pulak. Ringkas & sedap, boleh buat lagi.  Cuma kalau ikut resepi asal guna Rempah Sup Babas ... dah byk kedai singgah, xjumpa2 jugak. So kita tukar la kpd rempah Sup Adabi je. Actually I ada buat pegedil tapi time snap ni dah habis.
BIHUN SOTO Sumber: Facebook Resepi Biskut Raya Mak Kata
**Resepi ni anggaran untuk 12 orang
1 ekor ayam bersaiz besar ~ potong 4 dan bersihkan
4 batang serai ~ diketuk Rempah 4 sekawan ~ pelaga, cengkih, kayu manis & bunga lawang
2 peket kecil rempah kurma Babas
1 peket kecil rempah sup Babas
2 Kiub pati ayam Knorr
Sup Bunjut Tulang Adabi
## Bahan kisar :
5 ulas bawang besar  (pilih saiz sederhana)
6 ul…

Chocolate Bread

Roti ni kejadian lama sebelum puasa lagi .. sedap tau. Sila cuba ;) I tepek gambar resepi dari buku je lah ye, err ... tgh malas ni ...

CHOCOLATE BREAD
Resepi: Bread Made Easy by Kenwood





Cipnut Nestum ... Cookies wajib setiap kali raya

Cookies yang sangat popular in my big family, wajib buat setiap kali syawal menjelang ... ;)  Tahun ni kita bancuh 6 adunan kat kampung. Ramai tukang gentel ... sekejap je dah settle.
Resepi bawah ni I dah update, so just right kemanisannya. Mewah rasa kekacang bila gabung almond slice & almond nib. Kalau nak refer resepi asal kat sini ye.
BISKUT CIPNUT NESTUM (Sumber: Nestle) Edited by: ain @my-sweetthots.blogspot.my
Bahan A: 1 1/2 cwn tepung naik sendiri 1/2 camca teh serbuk penaik 1/2 camca teh soda 1/4 cawan teh garam
1 cawan Nestum 1 cawan cip coklat 1 cawan almond slice + almond nib 150g mentega 100g gula kastor/ brown sugar 1 biji telur 1 camca teh esen vanila
Ayak bahan A; masukkan Nestum, cip coklat & kacang. Ketepikan. Krim mentega & gula hingga ringan & kembang. Masukkan telur & esen vanila.Campur bahan A & gaul sehingga menjadi doh.Ambil 1 camca teh penuh adunan & letak di atas tin pembakar yang telah disapukan dgn sedikit butter. Jarakkan untuk doh mengembang…

Udang Masak Kam Heong

Salah satu menu Ramadhan recently. Dah lama nak try tak ler sempat2 ... kalau belek-belek resepirasa macam pelik je kan, tak sangka rempah kari, sos tomato & sos tiram bila digandingkan menghasilkan satu gabungan rasa yang menarik. Dalam bulan puasa ni, 2x I repeat tau masak lauk ni.

Sama macam Ayam Masak Bali ada macam-macam versi resepi Kam Heong ni kat web, memang pening at first yg mana satu agaknya paling sedap. Yang letak kicap pon ada. Bila fikir macam pelik je kicap campur kari, at last I chose the one dr MyResepi; resepinya pon ringkas & senang nak faham. UDANG MASAK KAM HEONG
(Sumber: MyResepi)3-5 ekor udang galah / besar XXL. 1 inci halia ( hiris nipis )5 - 10 biji cili padi ( potong pendek )2 sudu serbuk kari ikan.2 sudu sos tiram2 sudu sos cili2 sudu sos tomatominyak masak untuk menumis dan gorenggaram , gula, perasa ikut keperluandaun sup @ daun bawang untuk hiasan jika perlu.sedikit air

udang dibersihkan dan dibelah belakang, kemudian gaulkan dengan tepung serbagu…

Puding Cincau

Masa blogwalking di Teratak Mutiara Kasih tertarik pulak nak cuba puding cincau ni untuk Iftar. Kat rumah ni, puding memang cepat laku ... sejuk sedap je la menelan kan ... nak nak bulan puasa ... memang layan lah.

PUDING CINCAU By: Malina LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih) Bahan-Bahan 1 paket agar-agar serbuk 10g 3 cawan air 1 cawan susu cair 2 sudu besar tepung kastad 3/4 cawan gula 1 helai daun pandan (boleh jg gn esen vanila) Cincau manis secukupnya-potong kecil2 (LiNa Pg gn 2 tube) Cara-Cara Potong cincau dn masukkan ke dalam loyang/acuan (LiNa Pg gn loyang 7x7in) Ketepikan. Masukkan air, serbuk agar-agar,daun pandan dan gula ke dalam periuk. Biar hingga agar2 dan gula hancur Sementara tu, bancuhkan susu cair dan tepung kastad.Kacau sebati. Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam periuk berisi agar tadi. Kacau adunan menggunakan hand whisk hingga nampak agak likat. Kemudian tuang ke dalam loyang yg berisi cincau tadi.Biarka…