Tuesday, July 19, 2016

Bihun Soto

 

Ni menu SIL datang beraya hari Ahad, 2 hari lepas. My SIL datang dr KB nak tolong jaga cucunya sbb anaknya nak uruskan barang-barang pindah rumah. Actually dekat je dia pindah, dari Blok B ke Blok A ... haha ... 

Teringin lak rasa nak makan bihun soto sebab time raya kat kelantan hari tu xjumpa menu ni ;). Kali ni I try resepi yang di share kat facebook pulak. Ringkas & sedap, boleh buat lagi.  Cuma kalau ikut resepi asal guna Rempah Sup Babas ... dah byk kedai singgah, xjumpa2 jugak. So kita tukar la kpd rempah Sup Adabi je. Actually I ada buat pegedil tapi time snap ni dah habis.

BIHUN SOTO
Sumber: Facebook Resepi Biskut Raya Mak Kata

**Resepi ni anggaran untuk 12 orang

1 ekor ayam bersaiz besar ~ potong 4 dan bersihkan
4 batang serai ~ diketuk
Rempah 4 sekawan ~ pelaga, cengkih, kayu manis & bunga lawang
2 peket kecil rempah kurma Babas
1 peket kecil rempah sup Babas
2 Kiub pati ayam Knorr
Sup Bunjut Tulang Adabi

## Bahan kisar :
5 ulas bawang besar  (pilih saiz sederhana)
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup

6 - 7 biji buah keras ~ dikisar dgn sedikit air (ain tambah)

Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan serai yg diketuk & bahan-bahan kisar. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan rempah kurma & sup Babas yg dibancuh dgn sedikit air. Bila rempah dah naik minyak, masukkan ayam & biar sehingga ayam kecut. Masukkan air & sup bunjut. Masukkan 2 ketul kiub ayam Knorr & buah keras yg dikisar. 

Bila ayam dah masak, keluarkan & boleh digoreng sebentar sahaja. Isi ayam disiat-siatkan & tulangnya boleh dimasukkan semula ke dalam sup tadi.


Bahan Hiasan Sampingan:
Taugeh
Daun sup & daun bawang ~ diracik
Kacang tanah goreng 
~tips nak goreng kacang tanah: masukkan kacang dalam kuali sebelum minyak panas..make sure api kecik
Isi ayam ~ dicarik 
Kuah kicap

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...