Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Bubur Lemak Udang

Sabtu baru-baru ni, buntu mula-mula tak tahu apa nak masak. Hati terpaut pulak bila teringat resepi bubur lemak kak fida ni yang I jumpa while blog walking a few weeks back. Lagi pun bila dah ada periuk noxxa, masak bubur tersangat la mudahnya. 15min dah cukup untuk nasi bertukar jadi bubur ;)
Sekali sekala kita buat bubur for lunch, excited pulak my 3 heroes nak makan. I buat lauk-lauk sampingan untuk makan dengan bubur tu >> telur masin, ikan pekasam goreng dan kerabu mangga bunga kantan. Memang terangkat la selera masing-masing sampai tak sedar makan menambah-nambah 3 mangkuk sorang-sorang ... haha. Hilang penat memasak bila tengok anak-anak dan hubby berselera makan. 
Jom semak resepi bubur yang sedap ni. I olah sedikit cara masak bubur ni sebab guna periuk noxxa. Bubur ni xsempat nak posing kat rumah, kita posingkan time berkelah dengan Hafiy ;). Warna bubur I ni gelap sebab bawang goreng.
BUBUR LEMAK UDANG
Sumber: Kak Fida MyResepi

Bahan-bahan ( 1 famili )
2 cwn beras
2 1/…

Simple Banana Muffin

Teruja nak baking bila seorang sahabat di Kulim nun tayang butter cake yang dia baked for her birthday last week. Butter cake biasa je, tapi adunan warna macam aiskrim neopolitan tu mmg menggamit-gamit tekak ni rasa nak makan kek tau. Keratan rentas kek Hs tu owhhh ... sangat cantik kejadiannya. Memang macam aiskrim neopolitan. 
Bila perasaan nak baking and makan kek tu membuak-buakkan tapi kemalasan tetap ada, maka dari nak buat kek hari tu kita downgrade buat muffin je la dulu ... ehehe. Senang tak payah nak cuci beater bagai. Kebetulan masa blog walking blog orang nak mencari resepi butter cake lain untuk dicuba ternampak pulak resepi muffin pisang yang sempoi di blog Nina. Dalam peti sejuk ada , memang idea yang menarik la untuk clearkan 3 ketul pisang yg tergolek-golek sedang mengecut. Dengan rupa kulit pisang yg dah nak menghitam tu, jangan harap la ada yang nak sentuh kalau tak dibega kan jadi makanan lain ;)

Seperti namanya, resepi ni memang simple sangat. Walau pun I cuma gu…

Ayat untuk menenangkan jiwa (Tafsir Al-Fajr: 27-30)

Sedikit perkongsian dari ustazah mengaji seorang kawan. Semoga sama-sama kita mendapat manfaatnya. Kala diri rasa tak tenang atau dikala menziarah orang sakit yang sedang nazak, elok la dibacakan 3 ayat terakhir dari surah Al-Fajr ini.
Kawan yang berkogsi kelebihan ayat ni tu bercerita. Ada lah seorang kakak ni, beritahu dalam group whatsapp depa yg kucing dia kat rumah tengah nazak. Masing-masing pun suggest dia baca ayat-ayat di atas kat kucing dia. Tak lama lepas tu akak tu hantar whatsapp dlm group dorang bagitahu kucing dia dah pergi dengan tenang. Naughty pulak ... rasa nak tergelak pon ada ;)

Nasi Goreng Ikan yang sedap ... kegemaran keluarga

Nasi goreng adalah satu makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat kita. Sesuai dihidangkan tak kira waktu; pagi, petang, siang atau malam sentiasa ada peminatnya. Nasi goreng boleh jadi menu yang laku keras juga time berbuka. Nak memasaknya  mudah, lebih kepada ikut gerak hati je dan biasanya kita masuk apa saja ikut selera, contohnya lebihan makanan semalam yang boleh di recycle. 
Kali ni nak share satu resepi nasi goreng favorite my family. Bila kat rumah ada lebihan nasi dan ikan goreng, nasi goreng ni lah paling best dibuat untuk breakfast esok hari nya. Lagi best kalau berasnya Basmathi or Pusa, nasi elok xlembik dan cantik berderai. Anak-anak dan hubby kalau I masak nasi goreng letak ikan ni memang bertambah-tambah makannya. Selalunya bila buat nasi goreng, I gorengkan keropok ikan untuk dimakan bersama. Dah terbiasa tengok family hubby yg asal dari bumi cik siti wan kembang memang makan nasi goreng siap hidang dengan keropok ikan dan sos. Jadi kita tiru je la style depa.
U…