Wednesday, April 26, 2017

Cucur Ikan Bilis Lembut


Liatnya nak pergi kerja lepas dah bercuti panjang. Semalam Negeri Sembilan masih cuti bersempena Israk Mikraj, jadi kami pun sambung cuti untuk hantar Hafiy balik hostel. Pagi Isnin mood lemau nak masak sebab kami adik beradik dah plan nak lunch untuk early celebration sempena birthday mak hari ni. My induk ada tapaukan lauk kari daging bawa balik kl, maka I buat this cucur je for breakfast. 

Tak pernah lagi buat cucur letak baking soda. Tu yang teringin nak bereksperimen sebab menurut kak Azie, cucur maintain lembut even dah sejuk.

CUCUR IKAN BILIS LEMBUT
Sumber Resepi: Azie Kitchen

2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis - belah 2 kalau besar
1 ikat daun kucai - potong pendek
3/4 cawan bawang besar Holland - potong dadu
1 biji cili merah dipotong kecil - tak letak
1/4 sudu kecil soda bikarbanat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk kunyit
1/2 cawan air panas mendidih
1 1/2 cawan air biasa - lebih kurang 250 ml


Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Kacau rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya. 

Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tuangkan air panas. Biarkan seketika supaya soda bikabanat naik.


No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...