Showing posts with label Snack. Show all posts
Showing posts with label Snack. Show all posts

Wednesday, April 26, 2017

Cucur Ikan Bilis Lembut


Liatnya nak pergi kerja lepas dah bercuti panjang. Semalam Negeri Sembilan masih cuti bersempena Israk Mikraj, jadi kami pun sambung cuti untuk hantar Hafiy balik hostel. Pagi Isnin mood lemau nak masak sebab kami adik beradik dah plan nak lunch untuk early celebration sempena birthday mak hari ni. My induk ada tapaukan lauk kari daging bawa balik kl, maka I buat this cucur je for breakfast. 

Tak pernah lagi buat cucur letak baking soda. Tu yang teringin nak bereksperimen sebab menurut kak Azie, cucur maintain lembut even dah sejuk.

CUCUR IKAN BILIS LEMBUT
Sumber Resepi: Azie Kitchen

2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis - belah 2 kalau besar
1 ikat daun kucai - potong pendek
3/4 cawan bawang besar Holland - potong dadu
1 biji cili merah dipotong kecil - tak letak
1/4 sudu kecil soda bikarbanat
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk kunyit
1/2 cawan air panas mendidih
1 1/2 cawan air biasa - lebih kurang 250 ml


Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Kacau rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya. 

Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tuangkan air panas. Biarkan seketika supaya soda bikabanat naik.


Friday, March 25, 2016

Waffle


Waffle has always been my son's favourite for snacking, jadi memang selalu la buat ... I bet bukan budak-budak je yang suka, kan .. orang tua pon layan gak, dapat pulak yang crispy kat luar & lembut didalamnya. My fav filling is Peanut Butter + Nutella. The kids pon sama but sometimes they like to have it with Nutella  + Jam.

Resepi I dapat dari Kak Ummi. Kata Kak Ummi, resepi ni asalnya resepi pankek, tapi sesuai juga buat waffle. Buat pancake using this recipe belum pernah lagi sbb anak-anak solehku yg 2 orang kat rumah ni xbernafsu sangat dengan pancake ... ;)


NUTELLA WAFFLE
Resepi Asal: FP Hajar (Butter Pancake)
Diubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
  1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
  2. Biarkan adunan selama 10 minit**
  3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas. (kalau nak wat waffle, just tuang dlm waffle maker je la eh, tunggu hingga lampu hijau turn off, angkat laa....sapu apa2 filling disukai)
  4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
  5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.

Tuesday, March 22, 2016

Kacang Kuda Sira Pedas


KACANG KUDA SIRA PEDAS
(Sumber: Kak Delila MyR)


500 g kacang kuda(rebus dgn garam hingga empuk dan toskan airnya)
1 tangkai daun kari
10 sudu besar cili boh
2 ulas bawang merah (kisar halus)
2 ulas bawang putih (kisar halus)
Gula, garam dan MSG secukup rasa
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar minyak
Sedikit air

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi.Masukkan cili. Biarkan hingga pecah minyak.Masukkan sedikit air.Tambahkan air asam jawa, gula, garam dan MSG.Masukkan kacang kuda dan masak hingga kering.Siap utk hidangan.
* tak letak MSG, tp ganti gula 

Monday, January 5, 2015

Cendawan Tiram Celup Tepung & Welcome 2015

 

Dah lama kita menyepi ... sampai dah masuk tahun baru, kan ...isy, isy ... bz sangat sejak jual insurans ni  ... pening okeh kepala akak banyak nau insurans plan nk kufahami ... hihi ... xsempat la nak hai-hai kat sini ... to warm up balik this space, here's my version of cendawan celup tepung which my doubleH suka sangat.
 
CENDAWAN CELUP TEPUNG
ain @ my-sweetthots.blogspot.com
 
Bahan-bahan A:
1 paket cendawan tiram
1 sudu the serbuk kari
2 senduk kecil tepung gandum
sedikit tepung ubi kayu
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
 
2 - 3 biji telur - dipukul
minyak untuk menggoreng
 
 
Gaul rata bahan-bahan A. Panaskan minyak ke dalam kuali. Ambil sekeping cendawan tiram, celupkan ke dalam telur yg telah dipukul dan golek-golekkan dlm campuran tepung tadi sehingga menyaluti cendawan tersebut dan masukkan ke dalam minyak panas. Ulangi proses tadi sehingga selesai. Cendawan yg digoreng hendaklah dibalik-balikkan supaya sekata masaknya. Ia x memakan masa yg lama utk digoreng, jadi apabila warnanya dah bertukar keperang-perangan segera angkat & toskan. Enak dimakan begitu sahaja ...
 
 

Tuesday, November 18, 2014

The Scottish Oat Scones that I'm in love with ... ♥♥


Yesszaaa ... hari ni I is terlebih rajin berblog ye ... (mind the language, memang saje ku gatal cakap pelat pelat gitu ... hihi). Dah terlanjur pegang lappy, kasi chance lah sebab this recipe memang I tersangat lah suka, dah la sedap sangat and then ... terasa healthy la sbb ada oat kan, haha ... nak buat pon cepat, ready in a jiffy. Tu la I nak promote sebelum terlupa ni.

Memang cepat je nak sediakan tau. Plus butter tu xyah tunggu room temperature sbb the recipe call for melted butter, jadi bebila terasa tekak tu nak makan scones boleh terus buat time tu jugak.

I love the taste. Bila letak oat, scones jadi lemak ... memang sedap. Manisnya pon sedang elok je to our tastebud. Hubby cakap my oat scones ni lagi sedap dari yg we all makan kat Cameron Valley tu. Hehe. Even doubleH pon agreed. Tak sangka kejap je licin. My dear friend si Mime tu pon dah berjangkit suka kat scones ni, dah 2x dia buat since I shared the recipe. Padahal mek tu kata, xpernah-pernah dia buat scones sebelum ni. If you just love scones, this one is a must try ... cepat pi buat.


SCOTTISH OAT SCONES
Source: Allrecipes

"Softly sweetened and dotted with currants, these scones will surely please."
Ingredients:
1 1/2 cups all-purpose flour
2 cups rolled oats
1/4 cup white sugar
4 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1/2 cup dried currants
1 egg, beaten
1/2 cup butter, melted
1/3 cup milk

Directions:
1. Preheat the oven to 425 degrees F (220 degrees C). Lightly grease a baking sheet.
2. In a large bowl, mix the flour, oats, sugar, baking powder, salt, and currants. Make a well in the center. In a small bowl, beat egg until frothy, and stir in melted butter and milk. Pour into the well, and mix to create a soft dough. Pat dough into two 1/2 inch thick circles. Place on the prepared baking sheet. Score 8 wedges into each circle of dough.
3. Bake 15 minutes in the preheated oven, until risen and browned. Split wedges, and serve warm.

Thursday, September 25, 2014

Cempedak Goreng


Buat dah lama, terjumpa gambar baru teringat nak share. Kelainan pada adunan tepung untuk menggoreng ni ialah ia diletakkan santan, memberikan rasa lemak manis pada cempedak goreng tu. The reason I nak cuba sebab I teringat resepi ni mungkin akan menghasilkan gorengan yg sedap macam pisang goreng yg I makan kat Floating Market, Bangkok way back in 2006. Sedapnya teringat-ingat sampai sekarang. Ye, hampir ada persamaan cuma hajat nak letak bijan dlm adunan batter ni xtercapai sebab xde stok lak kat rumah. Nak keluar beli tu punya la malas.

* Bahan yang bergaris tu means I xletak ye.


ADUNAN GORENG PISANG RANGUP
Resepi: Hairul
Sumber: Izahdaut


2 cwan tepung beras
1 cawan tepung gandum

5 sudu besar santan kotak
1/2 sb baking powder
sedikit serbuk kunyit 

1 biji telur
2 sudu besar marjerin cair - gantikan dengan butter
air secukupnya
garam secukup rasa

Sebatikan semua bahan di atas kecuali marjerin cair. (marjerin yang dicairkan perlu benar-benar sejuk)
Di sarankan untuk menggunakan tangan supaya bahan sebati dengan sempurna dan dapat mengawal kepekatan adunan. Adunan perlulah pekat. Jangan cair. Setelah mendapat adunan yang elok kepekatannya, masukkan marjerin cair yang sudah disejukkan tadi. 


Friday, April 25, 2014

Nikmat Di Kala Hujan ...


Secawan kopi panas & inang-inang goreng. Ye, that's how I enjoy it. Sekarang Hafiy pon dah terikut-ikut ;) To my blog readers out there ... try lah ... see if you'll love it or not. Assalamualaikum.


Friday, March 21, 2014

Chicken Pot Pie


The breakfast I made for my kids on tuesday. Love to see their smiley faces bila nampak this dish masa turun breakfast. Bukan main xberhenti dok cakap thank you & kata sedap. Tak perlu susah-susah nak buat white sos or chicken stew for the filling, ada lebihan mushroom soup hari tu I recycle je lah. Sonang kojo akak, kan.

CHICKEN POT PIE
Resepi: ain @my-sweetthots.blogspot.com

1 mangkuk mince chicken atau chicken - cubed
Bawang besar - dadu
Mixed vege, cendawan, carrot
1 tin mushroom soup (I used campbell)
Lada hitam, garam secukup rasa.
Butter.
Short crust pastry Kawan


Cairkan butter dalam periuk dan goreng bawang besar, biar layu
Masukkan chicken cubes, kacau
Masukkan carrot, cendawan, mixed vege & kacau rata.
Tuangkan mushroom soup, tambahkan air or susu kotak sket.
Boleh tambah black pepper if suka, kacau rata, biar mendidih sekejap.
Tambahkan air jika perlu; ikut selera macamana pekat you want you mixture to be.
Sesuaikan rasa.

Letakkan filling ke dalam mangkuk yang sesuai/ramekin.
Tutup dengan pastry. Sapu dengan telur (eggwash - kuning telur + susu sket)
Bake @ 180* C, 30 minit atau hingga masak (bergantung pada oven)


** Dont worry, kalau xde mushroom soup, boleh buat sos putih/bechamel ye ... boleh refer dekat resepi Baked Pasta or Mac Cheese yg I share sebelum ni ;)



Friday, November 8, 2013

Emping ♥♥ menggamit memori


Nostalgia makanan musim tuai padi masa kecil-kecil, duduk kat kampung tinggal dengan atuk. I took this foto utk adik-adik kat ofis yg xpernah kenal rupa emping ni. Bukan takat xkenal, xpernah makan pun. Kebetulan ada emping tu kat kampung hari tu, kelapa muda pun berlambak. Apa lagi ... terus la kami buat emping ni untuk kudap-kudapan. Bagi adik-adik yg x pernah cuba, boleh la rujuk resepi kat bawah ni ye.

EMPING

1 peket emping
Kelapa muda parut
Gula melaka - disagat

Sangai emping sehingga masak/rangup. Kemudian gaulkan dengan kelapa muda parut dan gula melaka yg telah disagat tadi. Hidang segera utk menikmati rasa yg lebih rangup. After sometimes, rasanya akan liat-liat sikit sebab kelembapan yg ada pada kelapa dan gula tu. Tapi still sedap je.


Thursday, August 25, 2011

Kurma Goreng Ber'Cheese' - (Iftar 18 Ramadhan 1432H)


Borak-borak kat ofis dgn my officemate Fiza, ntah macamana terkeluar pasal Kurma Goreng ni. Terus teringat Izah penah buat. Petang tu terus cuba ... buat yg letak cheese mcm dak Ijah gak .. mmg syiokkkk lah!! ¯\_()_/¯

Ni resepi yg I ambil dr IzahMuffinLover ye. Boleh juga guna resepi tepung goreng Hasue yg rangup tu mcm kat sini.

KURMA GORENG BER'CHEESE'
(Sumber: Izah)

10-15 biji buah kurma- dipotong 2 dan buang biji
keju parut secukupnya

bahan goreng:
1 1/2 senduk tepung gandum (senduk nasi)
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan margerine
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
air secukupnya
minyak secukupnya untuk menggoreng

Kurma yang dipotong dua disumbat sedikit dengan keju parut dan ketepikan. Bancuh adunan tepung. Bancuh cair agak2 untuk menggoreng pisang. Celupkan kurma tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing kekuningan.


Monday, April 11, 2011

Popiah Pisang


Popiah pisang bersos coklatbuat minum petang. Juadah yg ringkas tapi sedap. Gulung-gulung pisang dlm kulit popiah, goreng. Nak letak gula ke or cheese before gulung, pon sedap. Hujung minggu ni aktiviti masak biasa-biasa aje sbb seharian ronda-ronda kat luar & bawa the kids tengok movie >> Hop. Best gak ceritanya, pasal E.B the Easter Bunny yg x nak take over his father's business tp sibuk nak jd drummer ... quite entertaining.


Hafiy punya kerja la ni, pi atur bunga sebelah popiah. Nak tolong mummy nya yg tengah excited try lense baru ... hehe..



Tambah ais krim pon best. Disebabkan tahap ke'amaturan ... gambar yg dengan ais krim tu x menjadi la.. aiskrim dah menggelungsur turun dr popiah ... x sabar tunggu I yg x dpt2 angle utk shoot .. aisehh .. fail betul la, nak kena menuntut ngan Noorsha, K.Ita  & mereka-mereka yg pakar nampaknya ni.

Thursday, April 7, 2011

Crunchy Chocolatey Chewy Cornflakes


Resepi yang dikongsi Yatt last year di RNet mailing list. I buat malam tadi for kudapan. Yatt kata dia dapat idea masa tengok rancangan masak-masak Nigella. Lovely ... Sedap and simple sangat nak membuatnya. Rasanya kalau xde snickers bars, boleh je ganti dgn Cloud 9, Mars, Reese or Peanut bars ... @ mana2 choc yg sewaktu dgnnya - yg ada caramel tau. Masa tengah mencairkan Snickers ni kat dapur ... 2 org anak teruna kecik I tu dah terbau harum kat atas. Sambil berjalan ke arah dapur tu lagi sibuk dok bertanya ... mummy, mummy masak apa? Abang bau sedap jer ni. ^_^

Crunchy Chocolatey Chewy Cornflakes a.k.a (4C Cookies)
(Sumber: Ummi Nina @ yatt94)

(maaf ye... takde sukatan, main campak je ikut keserasian)

2 bars snickers
cornflakes secukupnya.. .
air secukupnya


  1. Cairkan snickers (sy patah2kan dulu bg senang dia cair) - pakai nonstick pan supaya tak melekat...
  2. oleh kerana dia duk berketul sbb caramel tu mcm takmo cair, sy tmbah air sikit demi sikit, sampai snickers tu melt totally...
  3. kalau rasa mcm nk tambah butter, leh tambah dlm 2 sudu kecik jer... itu yg saya buat...
  4. dah cair totally snickers tu, padam api, tuang cornflakes.. .. dan gaul sampai semua cornflakes disaluti choc td
  5. sudukan dlm paper cup... kena bergerak pantas, the cornflakes stick like glue to each other sungguh cepat... cos of the caramel...
  6. sejukkan sekejap, then masuk dlm bekas kedap udara...
  7. boleh buat mkn petang atau jajan healthy utk anak2... :-)


Haipp!! Nak kena babab ni. Budak sorang ni dah x sempat2 nak ngap, kacau je org nak main kamera >_<

Thursday, March 10, 2011

The French Macarons fever @ my kitchen


Percubaan pertama membuat macarons... ;) Boleh la kan... feet dia keluar tu ... hihi. Rupa kurang, dah la x sama saiz.. kalau  tengok Yani punya cun je & licin.  Rasa ok dah. Cuma... huhu... memang boleh kencing manis I kalau makan macaron hari2 ni. Memang sedap la rasa lemak-lemak almond tu, tapi manisnya... ya Allah, x sanggup la. Nak kurangkan manis, takut x menjadi. Nanti I try resepi Yani pulak. Memang tengah kemaruk nak buat macarons je rasanya ni.. 


Geram tengok kecomelan macarons ni ..  adorable!  walaupun ada yg x sama saiz, terpenyek la ... bertanduk la... haha. Tangan org jarang pegang piping bag, gitu la ;) Kalau ada yg nak mencuba, ni resepinya ya:

Shell Macarons

Bahan A:
90g almond powder
135g gula icing

Bahan B:
75g putih telur
50g gula castor

  1. Ayak almond powder. Gaul dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih dan kembang/ bertanduk. (Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan cukup sekadar bersatu.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. (I lukis bentuk bulat besar sket dr duit 20sen banyak-banyak atas kertas tu, senang nak ikut)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. (Bergantung pada cuaca juga.Kalau dah tak melekat kat jari tu dah ok la).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 12 minit. Sejukkan sebelum letak inti & boleh la disimpan dlm freezer atau chiller.
**Note:
Boleh juga simpan shell macarons ni tanpa inti dlm bekas bertutup & letak dlm freezer. Tahan lama disimpan begini. Bila nak makan baru keluarkan & dipicit inti ke dlmnya.

Saturday, March 5, 2011

Roti Goreng Rangup


Ramai yang dah buat pun kan resepi dr HaSue ni. Baru ni jer sempat nak cuba utk breakfast anak2 ke sekolah. Sib baik tuan tanah x sindir I, dlm kalut-kalut tu dan lagi nak klik klik ... hihi. Kita suka la roti ni ... before buat ingatkan dia akan serap minyak, alhamdulillah x. Mmg best makan panas-panas dgn secawan kopi. Rangup di luar, lembut di dalam. Yang buat special nya version I ni sbb intinya si Dulce de Leche yg tengah meletop2 tu..

Roti Goreng Rangup
HaSue@myresipi.com


Bahan-bahan:
* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam & gula (gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng) warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Nota biru:
Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..
 
 

Monday, February 14, 2011

♥ Lemon Curd Mousse Fruit Tart


Tadaa... ni satu lagi projek me'lemon'kan diri yg sgt best nih. Fuhh... panjang benar nak menyebut namanya ... patut kena ikut sifu la, main shortform jer. ... hihi... Sedap ... seindah namanya. Dapat pulak dimakan sejuk2 dr fridge. Kena buat lagi ni, tak puas makan.


Kali ni untuk tart shell tu I guna resepi sorang kawan >> basically just biskut marie yg diblend + butter. Mix & shapekan. Sejukkan dlm fridge/chiller pon xpe. Then baru bakar. Exact resepi x tau le letak mana... nnt dah jumpa kita paste balik ye. Resepi mousse tu, ambil dr sini >> Home Cooking In Montana  Tq to my friend Linda for the inspiration ;) 

LEMON CURD MOUSSE

1 cup heavy whipping cream
4-5 TBS lemon curd
Whip heavy cream to medium peaks.
Fold in lemon curd. Place the mousse in a plastic bag(or use a piping bag) and cut a small hole.
Pipe lemon curd mousse in each tart. Top with berries.


♥ Popcorn Chicken


Jeng jeng jeng .... now dah tau dah cemana nak menghabiskan dada ayam kat rumah ni ... Tq ye Hana  ... juga kat Izah dan Mas yang dah bagi feedback memberansangkan. My ninja suka ... Haziq kata mummy ni sume pandai masak la... sedap lagi dr KFC punya ni mummy ;) sedapnya... dalam pada tgh makan tu, x berhenti-henti dok cakap sedap. Mmg I setuju pon cakap Haziq tu, sedap lagi popcorn chic homemade ni. Buat pun x susah mana ... zup zap zup zap, siap... dlm x sampai 1/2 jam, dah boleh makan ^_^

RESEPI POPCORN CHICKEN
Sumber: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng

Cara-cara

  • Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  • Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  • Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  • Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  • Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.
** I guna Kaedah satu, yg paling simple kot .. & breadcrumbs tu I blend sket supaya lagi halus & cantik ;)

    ♥ Lemon up your life with Lemon Curd Puff


    My lemony day just started over the weekend ... ^-^ Utk panaskan enjin ... ni dia Puff dengan lemon curd filling ... tangy .. ;) I like rasa masam2 manis lemon curd ni. Btw ni kerja orang malas ye kawan2... malas nak bersolek... tu pucat lesi jer muka puff tu. Kes malas nak sapu kuning telur ler ni, sbb buat sket jer... mmg 3 ketul spt yg dok tayang ni ... lebihan pastry buat Portugese Egg Tart. Macam biasa ... x rajin le nak wat pastry puff sendiri, guna ready-made cap Kawan tu jer.

    Saturday, January 15, 2011

    Coriander wedges

    Ni side dish utk ayam kat bawah tu.  Idea datang masa melawat blog si kucing oren gemuk tu ;) Pun x sempat nak letak dlm pinggan lawa2 before snap. Sejak dah lama x bersiaran ni, idea menulis pun kering lah, macam org mamai bangun tido je. Jadi mai la kita tengok resepinya ye, si kucing x bagi sukatan tepat jadi agak2 jer.

    CORIANDER WEDGES

    ketumbar + jintan ~ kisar
    blackpepper ~ kisar (ain tambah)
    sedikit garam

    Potong kentang, lumurkan dengan mentega dan serbuk ketumbar, renjis sedikit garam, bakar pada suhu 200c selama lebih kurang 45-60-90 minit (rajin²lah cek sendiri tengok warna kentang dah molek). Itu saja!

    Saturday, September 4, 2010

    Roti Jala & Kari Ayam Kampung


    Lagi menu berbuka Merdeka Day ;) Sehari sebelumnya mak masak kari ayam kampung & masih banyak berbaki. Tu yang terus buat roti jala ni di hari merdeka. I adik beradik memang suka makan roti jala tapi sejak berkahwin, x berapa nak rajin buat sebab my hubby tu eksyenn.. x makan roti jala kecuali kelate mari, yg I buat ni sikit pon dia x jamah. Tengok sambil cebek2 mulut dia... eii... rasa nak ikat muncung dia tu. Dok ejek2 I.. dia kata roti jala org kelantan halus sgt buatan dia, tu yang x boleh terima yg I buat tu. Memang betul pun, halus sungguh dorang menjala.. i respect la... mmg x mampu la I capai tahap tu. Kalau I menjala style org lain yang pakai botol mayonis tu, lagi la dia x berkenan rasanya. Buat plak colour selain kuning tu. Gerenti kena kutuk punya. Itulah sbbnya kalau x betul2 rasa nak makan, I malas nak buat. Kecewa rasa bila dia x pandang pon...  Jadi bila makan ni.. malas la nak offer dia, wat sakit hati je... hihi. Hari tu, nampak K.Nor buat guna resepi K.Ummi. So I copy juga. Memang best resepi K.Ummi nih... nampaknya will stick to this one lah!


    ROTI JALA
    Source: K.Ummi Kuantan

    2 cawan tepung gandum
    2 cawan air
    1 bj telur
    1 sudu kecik garam halus
    beberapa titik pewarna kuning
     
    Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
    Perapkan selama 1/2 jam .
    Panaskan kuali dgn api sederhana.
    Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
    Tebar/kirai adunan atas kuali.
    Biarkan hingga roti jala tu masak.
    Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2

    Minuman pulak... Air Soya Cincau...! ^_^

    Friday, July 30, 2010

    Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce


    Agak sibuk sket this week, masih lagi menu hari sabtu aritu. Biasa la, tengok ramai yg dah buat & komen yg best2 tu kita pon xmo ketinggalan gak. Memang syok la makan ikan bilis ni, krup krap krup krap... Jadikan snack pon best. Thank you, thank you utk semua atas komen u all yg memberansangkan utk resepi ni. Rasanya Chik Mi yang introduce resepi Amy Beh ni. Boleh buat lagi ;) Resepi I copy dr Hana yg dah dialih bahasa. Terima kasih ye dik.

    CRISPY ANCHOVIES IN HONEY LEMON SAUCE
    Sumber: Amy Beh

    250g ikan bilis kopek
    1 cawan tepung ubi - hana gune tpg katakuriko
    1 tbsp minyak bijan
    4 batang cili kering - potong
    6 biji cili padi - ketuk - hana x ltk
    1 biji bawang besar - hiris
    2 biji lemon - perah ambil jus
    3 tbsp madu
    2 tbsp air - tak letak
    1 tbsp sos ikan
    Kacang gajus panggang - hana tambah kcg tanah
    bijan
    daun kari

    Basuh ikan bilis. Rendam sekejap dlm 10-15min. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel. Campurkan dengan tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.

    Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.

    Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan juga madu. Kacau hingga agak pekat. Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka. Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.




     


    Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

    Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...