Thursday, August 25, 2011

Kurma Goreng Ber'Cheese' - (Iftar 18 Ramadhan 1432H)


Borak-borak kat ofis dgn my officemate Fiza, ntah macamana terkeluar pasal Kurma Goreng ni. Terus teringat Izah penah buat. Petang tu terus cuba ... buat yg letak cheese mcm dak Ijah gak .. mmg syiokkkk lah!! ¯\_()_/¯

Ni resepi yg I ambil dr IzahMuffinLover ye. Boleh juga guna resepi tepung goreng Hasue yg rangup tu mcm kat sini.

KURMA GORENG BER'CHEESE'
(Sumber: Izah)

10-15 biji buah kurma- dipotong 2 dan buang biji
keju parut secukupnya

bahan goreng:
1 1/2 senduk tepung gandum (senduk nasi)
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan margerine
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
air secukupnya
minyak secukupnya untuk menggoreng

Kurma yang dipotong dua disumbat sedikit dengan keju parut dan ketepikan. Bancuh adunan tepung. Bancuh cair agak2 untuk menggoreng pisang. Celupkan kurma tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing kekuningan.


6 comments:

  1. akak... bila akak buat gini, baru teringin balik nk buat..ala sedap neh. tq kak sudi cube.. a ah.. tepung hasue tu pun best..slalu jugk guna resepi bater dia

    ReplyDelete
  2. aslmkum ain.. lama akk tak dtg sni.. huuu.. nampak sedap kurma buat gini ek.. selamat myambut hari raya dan maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  3. wah menarik sungguh... x perna lg buat kurma goreng bercheese nie.. nak gak try nnt.. nmpk sedap tu....

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum Along..

    takabalallah minna wa minkum... anjang dah dapat baby baru yea.. tak sempat lagi nak call.. Raya hari tu patutnya jumpa angah kat umah ella tapi dia tak datang.. Lamanya tak jumpa.. salam rindu

    ReplyDelete
  5. Aunty Ain, what cheese did u use? Mozzarella ke, cheddar ke? Nmpk sggh sedap...can imagine biting into one.. Yums...

    ReplyDelete
  6. izahdaut: thumbs up dik! anakanda akak yg ber2 tu pon suka

    dZana: waalaikumsalam kak ... harap x terlewat nak wish selamat hari raya & maaf jika ada terkasar bhs ye. saya pon lama x jenguk akak. last skali b4 cuti raya.

    Diana: gabungan rasa manis & lemak2 masin tu mmg sedap lah!! (>_<)

    rozana: waalaikumsalam achik. along pon tegur anjang kat fb je. angah & ella saudara ke? along pon rindu jugak ;-)

    fuzzybee: payin? i xde stok mozarella, just used cheddar hari tu. mmg best! my heroes love it! siap minta lagi. i bet with mozarella pon pasti terangkat ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...