Wednesday, August 24, 2011

Kuih Cucur a.k.a Tepung Cucur - (Iftar 17 Ramadhan 1432H)


Another family's favorite .. which reminds me of my late grandfather. Dah 12 tahun dia pergi ... rindu sangat rasanya kat arwah, maklum la I membesar di bawah jagaan dia. Dulu-dulu masa I sek menengah bila balik cuti kat kg, petang petang tu rajin la wat apa-apa kuih for tea. Tapi kebiasaanya kalau kuih cucur ni, my induk yg bancuhkan the nite before ... I cuma tinggal goreng kan aja. Suka tengok kuih ni masa digoreng, cam kagum tengok dia naik membukit kat tengah tu, pastu bersarang-sarang kat dlmnya. My cousin Izzati, masa kecik dulu menggelarkannya kuih topi. Kebiasaannya memang warna coklat tapi saja I calit sket bedak hijau bagi naik seri. Memula ingat nak buh air daun pandan, tapi kat luar hujan, malas la pulak nak gi ambil. Resepi ni dapat dr my aunty. Asyik minta dia bancuhkan je kan ... bila dok jauh, x dpt lak makan. Tu yang terus minta resepi.

Kuih Cucur a.k.a Tepung Cucur
(Sumber: Pn Asnah Ali)

2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air

Gaul sebati semua bahan & perap dlm 2-3 jam sebelum digoreng dlm minyak penuh. Kebiasaannya utk makan esok hari, kami akan bancuh pada sebelah mlm & simpan dlm peti sejuk. Esoknya baru digoreng. Jika bancuhan sedikit pekat slps disimpan dlm fridge, boleh la ditambahkan sedikit air.

Nota:
Untuk mendapat "topi" yg cantik, bentuk kuali juga memainkan peranan. Seeloknya gunakan kuali yg "lengkung"/dlm di tengahnya.


2 comments:

  1. senang buatnya leh la try-:)

    wishing u happy and great raya - maaf zahir batin

    be safe ye

    ReplyDelete
  2. ermayum:
    aa ... senang je nak buatnya. selamat hari raya gak utk u & famili. maaf zahir batin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...