Thursday, September 25, 2014

Cempedak Goreng


Buat dah lama, terjumpa gambar baru teringat nak share. Kelainan pada adunan tepung untuk menggoreng ni ialah ia diletakkan santan, memberikan rasa lemak manis pada cempedak goreng tu. The reason I nak cuba sebab I teringat resepi ni mungkin akan menghasilkan gorengan yg sedap macam pisang goreng yg I makan kat Floating Market, Bangkok way back in 2006. Sedapnya teringat-ingat sampai sekarang. Ye, hampir ada persamaan cuma hajat nak letak bijan dlm adunan batter ni xtercapai sebab xde stok lak kat rumah. Nak keluar beli tu punya la malas.

* Bahan yang bergaris tu means I xletak ye.


ADUNAN GORENG PISANG RANGUP
Resepi: Hairul
Sumber: Izahdaut


2 cwan tepung beras
1 cawan tepung gandum

5 sudu besar santan kotak
1/2 sb baking powder
sedikit serbuk kunyit 

1 biji telur
2 sudu besar marjerin cair - gantikan dengan butter
air secukupnya
garam secukup rasa

Sebatikan semua bahan di atas kecuali marjerin cair. (marjerin yang dicairkan perlu benar-benar sejuk)
Di sarankan untuk menggunakan tangan supaya bahan sebati dengan sempurna dan dapat mengawal kepekatan adunan. Adunan perlulah pekat. Jangan cair. Setelah mendapat adunan yang elok kepekatannya, masukkan marjerin cair yang sudah disejukkan tadi. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...