Wednesday, September 24, 2014

Nasi Ayam Istimewa


Sedapnya bangun pagi ni, sejuk je baru lepas hujan. 2 - 3 hari ni memang hujan je kat Ampang ni, kalau x pagi, petang. Kadang-kadang pagi petang. Hari ni pon hujan belah pagi, then maghrib until now.

Weekend baru ni masak nasi ayam. Tetiba tekak terasa nak makan. Saja lah pergi jengah dapur maya Kak Azie Kitchen sebab tahu kat sana memang ada banyak resepi nasi ayam yg dia cuba. Lepas belek-belek, I pilih yang ni sebab kat tajuk post dia punya la menggoda uols ... Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap ... haaa ... korang x tergoda ke bila baca tajuk menu tu? Memang sempoi je resepi ni tau, tapi x kurang sedapnya. Nak tahu, kena cuba lah. Oh ye, en suami call hari tu bagitahu dia dah sampai Gurun, tanya I masak apa. Bila cakap nasi ayam, dia merajuk la pulak tak masak kat dia. Nak kena buat lagi la nanti. Yesss ... ada chance la cuba resepi-resepi lain kat dapur Kak Azie tu.

This week exam PSRA pulak ... from Mon - Fri sebab satu hari cuma satu paper je dorang sit. Bila tanya, Haziq kata dia dapat jawab. Hopefully boleh la mumtaz. Sekarang ni dia dok ingat last exam dia hari Selasa, resit paper BI tu. I belum lagi bagitau pasal paper Maths yg kena resit 9th Oct tu lagi ... mesti dia bengang bila dapat tahu ... huhu ...

Okay lah, jom kita semak resepi yg dikongsi oleh Kak Azie ni. Kalau x berkenan yg ni, boleh cuba Nasi Ayam Ipoh atau Nasi Goreng Ayam pulak.


NASI AYAM ISTIMEWA
Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus:
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap:
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: Ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.


Untuk nasi:
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

I suka guna beras Pusa untuk nasi ayam & nasi-nasi berperisa. Puas hati panjang-panjang, halus mulus cantik rupa nasi tu. Rasanya pon sedap & tak muak.


Untuk sos:
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
* I tambah cili padi sikit, mmg sedap terangkat ada rasa pedas-pedas sikit tu.

Blend kan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk kicap:
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.

1 comment:

  1. Assalam ain,
    akak pun sama suka guna beras Pusa ni..
    suka berasnya yang panjang2...nasi ayam istimewa pasti istimewa juga rasanyakan..:)

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...