Tuesday, September 23, 2014

Tortilla Bread


Dek malas nak keluar rumah di suatu hari dan xtau nak makan apa, I pun uli tepung buat tortilla bread ni for dinner. Not bad for first try, lenkali kena kasi lagi nipis canai doh ni baru best. By the way, resepi ni xdpt banyak pun, dlm 5 keping je kalau buat besar pinggan makan macam I. So, kalau ahli keluarga ramai tu sila la double kan kuantiti bahan-bahan tu.

TORTILLA BREAD 
Sumber: Maz @ Ilham Dapur

2 cawan allpurpose flour
1/3 cawan unsalted butter - suhu bilik
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam - jika guna mentega bergaram, tak perlu letak
air secukupnya


1. Satukan semua bahan kecuali air. Gaul guna hujung jari biar jadi berketul macam serbuk roti.
2. Kemudian masukkan air sikit-sikit dan uli biar sebati jadi doh seketul yang lembut (tak perlu uli macam nak buat donat tu ye sebab lepas tu nak canai pulak).
3. Amik doh tadi dan taburkan sikit tepung atas permukaan tempat nak canai tu dan canai nipis biar jadi bentuk bulat (tekap je nak jadi bulat tu atau boleh aje guna pizza cutter potong buat bulat lepas canai.) Kalau rasa terlembik, tabor je tepung masa nak canai tu.
4. Panaskan kuali non-stick (guna api perlahan) dan letakkan doh yang dicanai tadi, kemudian spray air sikit pada permukaan roti dan tekan-tekan dengan senduk. Kemudian balikkan dan masak biar ada sedikit perang.
5. Angkat dan simpan dalam tuala bersih atau bekas tahan panas agar roti tidak keras/kering. Buat sampai habis.
6. Boleh la diguna untuk buat taco, enchiladas or tortilla wrap spt i bawah.


6 comments:

  1. Replies
    1. memang senang sgt makcik, xyah tunggu nak proof bagai, bahan2 pon yg mmg kebiasaan ada kat dapur je tu. Dah sejuk keras sikit lah, nanti nak cuba tips Maz bagi kat bawah tu.

      Delete
  2. Assalamualikum....mksih ain sdi mncuba...pgi tdi pun buat plak...ada pic brgmbar skit kat fb...fb kita maz ilhamdapur....kita buat saiz kcik2 je...bsar skit je dri piring....memang kena cnai nipis btul..,pastu kna pastikan kuali dh pnas sblum letak rti tu...sbb proses msaknya skjap sngat kiri knan....klu tidak nti jdi keras..,.pastu simpan dlm tuala dan bkas kedap udara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Maz, sgt berbesar hati bila tuan punya resepi sudi jengah sini siap bagi tips lagi. In sha Allah, nak cuba lagi sbb mudah sgt nak buat & nak apply kan tips yg Maz beri. Tq.

      Delete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...