Friday, September 19, 2014

Umai Cafe @ Precint 2, Putrajaya

Another eatery that I tried masa I stayed kat Putrajaya hari tu ialah Umai Cafe ni. Terjumpa secara kebetulan sbb we xjumpa Ayer@8 tu, tapi memang pernah dengar pasal this cafe dari husband's nephew. Umai Cafe ini terletak di Bangunan Anjung Alaf Baru, presint 2, 62520 Putrajaya, di antara Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru.


Sebab I puasa hari tu, I pun bercadang nak try menu berat sket tapi the 3 Za'aim dah order nasi lak. Tanya waiter, dia suggest Kuey Teow Kungfu ni. Not bad, boleh tahan sedap. 


Hafiy had Nasi Goreng Umai, ada ayam goreng kunyit served dgn nasi tu. Boleh tahan sedap, makan dgn sambal belacannya yg sedap tu.


Haziq pula makan Nasi Goreng Padprik, boleh tahan gak rasanya.


 ... and hubs had Nasi Goreng Sardin Petai, yang ni biasa-biasa je, xrasa sardin pun, tak brp nak recommend.


I order gak lempeng sebab terliur sgt nak makan. Memang recommended lempeng ni. Sedap. Ada banyak lagi menu yg nampak best kat Umai Cafe ni. Next time sesat Putrajaya boleh cuba pulak. Harga pun memang berpatutan, food kat atas ni plus 4 air cost us RM38.50. Ok la, kan. 

UmaiCafe | the lake cafe Putrajaya
Presint 2, putrajaya, Malaysia
waktu operasi: 9 am - 11 pm setiap hari (waktu tutup akan diberi notis di facebook dan juga blog)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...