Skip to main content

Nasi Goreng Ayam


Di bulan ramadhan ni, berbuka memang kat rumah mak je sebab anakanda I yg berdua tu kata tak meriah berbuka berempat je kat rumah. Kalau kat rumah mak, ramai ada sbb ada 2 adik yg masih single & 1 famili adik dgn 3 org anaknya yg lebih kurang sebaya my 2 sons yg mmg berbuka kat rumah mak. Jadi biasanya main menu mak dah masak.

Nasi Goreng Ayam ni pernah nampak K.Nor buat, mmg dlm waiting list. Jadi pilihan utk berbuka 2nd day for the kids, senang & cepat.. menu 2 in 1. Resepi copy dr K.Nor yg menurut katanya ambik dr Ika. Terima kasih ye semua ;) termasuk penyumbang resepi asal. Kalau tengok diorang punya lebih menyelerekan. Tapi I buat memang express je, hajat hati memang nak buat kerabu epal ke tapi x sempat dah. Daun ketumbar pon xdan nak beli.

NASI GORENG AYAM
(Sumber Ika)

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam
serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu
 
Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. Dan sup.

Comments

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula  melalui groups WhatsApp sejak pertengahan tahun lepas kalau xsilap. Bila dah berkumpul tu walau pun di alam maya memang kecoh sampai kadang-kadang beratus-ratus message yg masuk, ada yg hphone hang, ada yg keneneng nak baca celoteh yg macam-macam dr drama akasia, cerita shopping sampai la ke hal mesin basuh, piuk belanga semua. At last, kami bahagi-bahagikan group ikut kategori, memasak, biz, kasih sayang, jalan-jalan dan general. Tu pun kadang-kadang xsedar diri tersasar dari landasan ;). Tak ketinggalan, selain group menceceh, kita buat juga group mengaji. Syukur, alhamdulillah. Banyak manfaatnya, in sha Allah. Semoga kami semua istiqamah.
Seronok juga group mengaji kami walau pun sekadar di alam maya. Dapat juga kongsi ilmu sedikit sebanyak tentang hukum tajwid didalam Al-Qur'an melalui mereka yg berpeluang pergi belajar mengaji dengan ustaz. I terpa…

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Lama dok berhibernasi, tetiba keluar tayang sotong goreng kunyit je? Hehe ... Actually ada beberapa orang member pernah tanya, macamana I buat sotong goreng kunyit. Sebab katanya, bila dia goreng minyak meletup2 lak. So bila I buat satu hari tu, teringat la nak share kat sini. Tu yang beriya-iya pulak snap gambar .. ;) 
Tak tau nak kata, ni versi Kelantan ke or Siam, so I panggil versi kering je lah. Before kawin dengan my darling, x rajin pon buat style gini sebab dr kecik biasa makan yg jenis basah berkuah. Bila dah kawin, balik kelantan selalu tengok dan makan kakak ipar goreng style ni terus jatuh cinta gitu.
SOTONG GORENG KUNYIT (versi kering) Resepi: ain sweetthots
Sotong secukupnya - cuci bersih dan potong bulat Kunyit dan garam secukup rasa Bawang besar holland - potong bulat Cili hijau siam - xde, ain ganti dgn cili merah. Cili hijau siam lg best .. biasa diguna buat solok lada Kacang panjang - optional Minyak

Gaul sotong dengan garam dan kunyit secukupnya. Masukkan ke dalam k…

Jus Kurma Bersusu ... I'm Lovin' It

Assalamualaikum & warm welcome to sweetthots (^__^) ...
Before I continue, here's a daily reminders of the day ...

-Daily Reminders-الله
Watch your thoughts, they become words. Watch your words, they become actions. Watch your actions, they become habits. Watch your habits, they become character. Watch your character, it may determine your final destination!
Hari ni nak share this one drink yg tengah hot di dapur sweetthots. It's such a pleasing breakfast treat! Seisi rumah kami tgh dilanda demam Jus Kurma Bersusu ni. Hampir terlupa suatu ketika pernah buat this juicehere until last few weeks my colleague Fiza tanya I tentang resepi puding yg pernah I cuba. Masa belek-belek my own blog, ternampak ni ... terus dah teringat-ingat and I just love to prepare this drink for the kids sbb without much forces I berjaya buat depa makan kurma, minum susu & makan madu !! Alhamdulillah ... And that's the reason I'm telling you ... I'M LOVIN' IT ...to bits …

Almaeda Restaurant @ Ayer@8 Precint 8, Putrajaya

Dah lama x share pasal tempat-tempat makan. So hari ni I nak share new eateries in Putrajaya. Quite interesting place walau pun masih banyak kedai-kedai yg kosong. Antara yg I nampak hari tu (xsempat nak round sebab nak cepat pon ye, dah nak kejar maghrib pon ye) ada Fuel Shack, Hot & Relax dan Teh Tarik Place.
That day bila diumumkan anak-anak UPSR kena resit paper BI pulak tu, I pon bagitau hubs nak try makanan kat Ayer8, Putrajaya yg xjumpa the day before. Untuk memujuk hatinya yg lara tu kan ... Sensitif bebenor ... dok tangkap leleh je dalam kereta. Kami actually stayed 2 nights kat Hotel Pullman sebab my hubs ada training kat situ. Tapi pagi-pagi menderas la balik Ampang, nak hantar Haziq ke sekolah. Nasib baik exam start 8.15am & we all sampai around 7.15 - 7.20am mcm tu. 
Bila kat Putrajaya, mcm buntu je bab-bab makan ni. Lemau lak bila mikir nak makan kat Alamanda so I tanya member2 kat group whatsapp. Kak Long kawasan suggested this restaurant. Roti Giant & kamb…

Kuih Keria 'International' Haji Jalil @ Limbongan

Kalau dah sampai area Klebang ni, harus lah singgah kedai Tuan Haji Jalil yang dah cukup terkenal kat Melaka dan 1 Malaya ni. Tempatnya di Limbongan - Klebang Kechil, Melaka. Kat tepi jalan je, tapi hari tu excited sgt ... lupa nak ambil gambar lokasi. U ols bayangkan je la ... out of 5 visits, kali ke 5 okeh baru I dapat merasa kuih ni sbb tiap-tiap kali pergi asyik habis. Yang I dapat tengok, dulang kuih je ... huhu. 
Nak lepaskan kempunan datang jauh-jauh dari masjid tanah, kami makan ler laksa. Tapi, SERIOUSLY ... laksa Haji Jalil memang TERBAIK lah, antara laksa yg tersedap I pernah makan. Trust me, no regret. Kalau tengok orang-orang yang datang membeli kat sini kan, rata-ratanya mesti order laksa gak. Sama laku dengan kuih keria dia lah ... kalau x, xde la Haji Jalil masak kuah laksa seperiuk besar .. entah-entah beberapa periuk besar ;). So kalau u all sampai sini, jangan lupa cuba laksa juga. Gerenti x menyesal punya. Cukup rasa ikan, masam masinnya ... pendek kata secukup r…

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Orang kata untung keje kat area MV nih ... tapi bagi kitorg yg dah dekat 3 tahun opis pindah kat sini, dah buntu dah mikir menu lunch. Kalau dapat pekena Nasi AYam Kunyit Mat Rock kat atas ni, sedapnyaa...

Huhu ... mana nak gagau kat area opis ni. Orang yg pernah merasa mesti tengok gambar ni kecoq air liuq ..  terbayang ayam goreng yg sedap panas2 bersalut dgn sambal macam sambal belacan siam berserta potongan kacang panjang dan bawang holland .. agak menyengat la pedas dia tapi memang sedap. Cukup membuka selera dan memang boleh teringat-ingat. Kicap ada disediakan jika nak. Harga pon berpatutan.
Kita pon mula terpikat, hasil hasutan Kucing Oren nan gumukkss itew .. sila lihat entri dia yg ni. Gambar i ni lagi tangkap leleh kan, kan .. haha .. Memang dah lama menyimpan hajat nak makan since baca entri dia. But time I makan ni, berlaku secara kebetulan jer 2 bulan lepas. Pergi klinik area Jln TAR, macam buntu lak tetiba nak makan apa sbb lalok kena jab ala2 penangih dadah tgh high .…

Kuih Buah Rotan

Kuih yang dah lama dibuat, baru sekarang nak tayang ;) Buat ni pun sebab hafiy request .. at last tak dimakannya pun sbb mummy nya ni goreng x rangup ler pulak. Isy... masalah yg serupa dgn ros kat jepun nun. Selain dipanggil buah rotan, ada gak yg menggelar kuih ni, kuih redan or kuih bijan. That day puas I google resepi ni & at last terjumpa kat rumah ros jintan manis ;) Rasanya memang sedap dah ... cuma part goreng tu ada fail sket la. Al-maklum la buat pun masa bulan puasa, bila tengok dah perang je terus angkat. Boleh goreng semula untuk merangupkannya ^_^
Buah Rotan
(Sumber: mesra.net oleh Fatimah Isa)

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecai…