Monday, February 14, 2011

♥ Popcorn Chicken


Jeng jeng jeng .... now dah tau dah cemana nak menghabiskan dada ayam kat rumah ni ... Tq ye Hana  ... juga kat Izah dan Mas yang dah bagi feedback memberansangkan. My ninja suka ... Haziq kata mummy ni sume pandai masak la... sedap lagi dr KFC punya ni mummy ;) sedapnya... dalam pada tgh makan tu, x berhenti-henti dok cakap sedap. Mmg I setuju pon cakap Haziq tu, sedap lagi popcorn chic homemade ni. Buat pun x susah mana ... zup zap zup zap, siap... dlm x sampai 1/2 jam, dah boleh makan ^_^

RESEPI POPCORN CHICKEN
Sumber: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng

Cara-cara

  • Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  • Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  • Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  • Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  • Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.
** I guna Kaedah satu, yg paling simple kot .. & breadcrumbs tu I blend sket supaya lagi halus & cantik ;)

    6 comments:

    1. bread crumb tu beli ke buat sendiri heheh jenuh gak tu nak buat bread crum sendiri but memang nampak sodap - lapar lah pulak walau tadi dah bedal lunch :d

      ReplyDelete
    2. beli jer... hihi... pernah gak buat sendiri masa roti dah nak expired .. kurang2 x la membazir roti tu kan.

      ReplyDelete
    3. sedapkan kan kan kan.. saya pun suka..nak buat lagi dan lagi..memang rasa cam tak cukup je nak meratah tu

      ReplyDelete
    4. betul tu..sedapppp..bukan kata anak2...mak bapak pun suka...wakaka...

      ReplyDelete
    5. alhamdulillah jika semua yang mencuba sukakan resepi nih... sekadar berkongsi.. korang juga dapat pahala menyediakan makanan yg lajat2 utk keluarga.. lagi hepi bila anak2 dan suami sronok makan apa yg kiter masak.. kan kan ain kan kan... *sila angguk paler doblas kali! kekekekeke...

      ReplyDelete

    Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

    Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...