Monday, February 14, 2011

♥ Daging Merah Ala Thai


Menu lunch hari sabtu. Actually niat asal nak masak Daging Grill Pedas... dah lama nak cuba ni... tapi ada kekurangan bahan2 & tersangat malas la nak ke kedai .. kalau keluar tu, alamatnya silap2 gi makan kat kedai pulak .. hehe... Rasanya menu ni dulu kita dapat masa selongkar resepi2 thai kat dapur K. Nor ni. Tq kat akak & Jeezy. Simple & sedap ... anak2 I pun suka.

DAGING MERAH ALA THAI  
Sumber: Jeezy MyR

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.


* * Note: Kalau letak daun ketumbar, lagi I suka ... mesti wangi jer

4 comments:

  1. sedappnya daging..nak sikitt..wat lunch ari ni..he..he..

    ReplyDelete
  2. try buat dgn kerang lak ain.. thumbs up tau :)

    ReplyDelete
  3. waduhh..sedap bangat do... nak try jugak laaaa

    ReplyDelete
  4. mas: sedaaappp... tapi dh habis. pi masuk dapo, sendiri masak pastu mkn ye .. ;)

    kNor: oo dgn kerang pon sedap eh. kalau dh sifu ckp camtu, kena ikut ni... xleh derhaka .. ^-^

    izah: nasi daging merah 1!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...