Monday, July 11, 2016

Udang Masak Kam Heong


Salah satu menu Ramadhan recently. Dah lama nak try tak ler sempat2 ... kalau belek-belek resepirasa macam pelik je kan, tak sangka rempah kari, sos tomato & sos tiram bila digandingkan menghasilkan satu gabungan rasa yang menarik. Dalam bulan puasa ni, 2x I repeat tau masak lauk ni.

Sama macam Ayam Masak Bali ada macam-macam versi resepi Kam Heong ni kat web, memang pening at first yg mana satu agaknya paling sedap. Yang letak kicap pon ada. Bila fikir macam pelik je kicap campur kari, at last I chose the one dr MyResepi; resepinya pon ringkas & senang nak faham.
UDANG MASAK KAM HEONG
(Sumber: MyResepi)
  • 3-5 ekor udang galah / besar XXL.
  • 1 inci halia ( hiris nipis )
  • 5 - 10 biji cili padi ( potong pendek )
  • 2 sudu serbuk kari ikan.
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • minyak masak untuk menumis dan goreng
  • garam , gula, perasa ikut keperluan
  • daun sup @ daun bawang untuk hiasan jika perlu.
  • sedikit air


  1. udang dibersihkan dan dibelah belakang, kemudian gaulkan dengan tepung serbaguna.
  2. goreng udang yang bersalut tepung tadi kemudian angkat toskan minyak.
  3. panaskan minyak, tumis halia bersama cili padi yang dipotong tadi.
  4. bila cili padi dah agak layu masukkan serbuk kari dan sedikit air ( jangan terlebih air dan perlahankan api elak serbuk kari menjadi hangus ).
  5. bila serbuk kari dah pecah rminyak masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau hingga rata dan sebati
  6. Kemudian perasakan dengan garam, gula, perasa ( ikut citarasa masing - masing ).
  7. kemudian masukkan udang yang digoreng tadi, gaulkan rata sehingga meyelaputi keseluruhan udang.
  8. angkat letak dalam pinggan dan taburkan daun bawang @ sup tadi untuk hiasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...