Tuesday, July 12, 2016

Cipnut Nestum ... Cookies wajib setiap kali raya



Cookies yang sangat popular in my big family, wajib buat setiap kali syawal menjelang ... ;)  Tahun ni kita bancuh 6 adunan kat kampung. Ramai tukang gentel ... sekejap je dah settle.

Resepi bawah ni I dah update, so just right kemanisannya. Mewah rasa kekacang bila gabung almond slice & almond nib. Kalau nak refer resepi asal kat sini ye.

BISKUT CIPNUT NESTUM  
(Sumber: Nestle)
Edited by: ain @my-sweetthots.blogspot.my
 
Bahan A: 
1 1/2 cwn tepung naik sendiri  
1/2 camca teh serbuk penaik  
1/2 camca teh soda  
1/4 cawan teh garam
1 cawan Nestum  
1 cawan cip coklat 
1 cawan almond slice + almond nib  
150g mentega  
100g gula kastor / brown sugar  
1 biji telur  
1 camca teh esen vanila

Ayak bahan A; masukkan Nestum, cip coklat & kacang. Ketepikan. 
Krim mentega & gula hingga ringan & kembang. Masukkan telur & esen vanila. Campur bahan A & gaul sehingga menjadi doh. Ambil 1 camca teh penuh adunan & letak di atas tin pembakar yang telah disapukan dgn sedikit butter. Jarakkan untuk doh mengembang. Bakar dlm ketuhar pd suhu 175C selama 10 - 15 minit @ hingga kekuningan.

** 1 adunan menghasilkan anggaran 5 dozen @ 60 keping.


4 comments:

  1. Xsangka akk still aktif blogging. Selamat hari raya mohon ampun dan maaf.

    ReplyDelete
  2. Xsangka akk still aktif blogging. Selamat hari raya mohon ampun dan maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Izah .. tu la sepi je blog awak, rindu post masakan dr Izah

      Delete
  3. Boleh reen cuba resepi sis ni.. Hihihi seblum ni buat cookies keras macam batu hahahaaaa

    Reen singgah dan follow blog sis 😉

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...