Menu dah basi gak ni. Permintaan en.suami masa dia ternampak peria ni kat giant, teringat arwah mak dia pernah masak. Alahaii... syahdu pulak dengar bulan puasa ni. Maka si isteri walau pun x pernah buat, terus beli excited nak tolong buatkan. Bahan2 nak buat tu dah boleh agak ler cemana tapi just nak confirm balik, I telepon my auntie. Sedap... tapi peria/kambas ni I x pandai pilih kot, agak pahit la dr yg biasa dimakan.
Kerabu Peria/Kambas
1 ekor ikan kembung ~ direbus, ambil isi sahaja
1 btg Peria/Kambas ~ dihiris nipis2, celur sebentar je, jangan layu sgt.
Bawang merah ~dihiris
Halia ~ dihiris
Lada hitam ~ ditumbuk kasar
1/2 cwn santan pekat
Garam
Gaulkan kesemuanya, sesuaikan rasa. Boleh disimpan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.
Selain dari kerabu, I masak daging goreng kunyit ikut style family hubby biasa masak. Kalau my mum biasa masak daging kunyit ni berkuah. But org kelantan punya versi kering, tapi sedap jugak! Nak cepat, snap pun dr bekas yg dah ditapau nak bawa berbuka kat rumah mak je ;)
No comments:
Post a Comment