Thursday, September 2, 2010

Pla Rad Prik ~ Ikan Garing dgn Sos Cili


Satu lagi resepi thai dr dapur Secubitgaram yang sempat I cuba di bulan puasa. Pun menu 2 minggu sudah. Walau pun kekurangan bahan... daun kemangi/pudina xde, gambar pun nampak x cun macam K.Nor punya, tapi rasanya memang marvellous tau! Membangkit selera ... K.Nor, memang kita selongkar habis dapur akak aritu... tapi berbaloi ^_^. Terima kasih ;) Sekarang ni, harus la kena ada kat dapur, tepung serbaguna ni...

Pla Rad Prik ~ Ikan Garing dgn Sos Cili
(Sumber: K.Nor)

350gm ikan siakap ~ k.nor guna ikan tenggiri
1/4 cawan tepung serbaguna
1 cawan daun kemangi ~k.nor guna daun pudina
minyak utk menggoreng

Hiris ikan nipis2 dan toskan.
Celup ikan dlm tepung dan goreng dlm minyak banyak (deep fry) hingga keemasan dan garing.
Toskan dan ketepikan.
Goreng daun kemangi/pudina hingga garing dan toskan.
Hidang ikan atas piring dan tuangkan sos cili diatasnya.
Hiaskan dgn daun kemangi/pudina yg dah digoreng.

Sos Cili
1/2 cawan bawang putih ~ dicincang
1/4 cawan cili padi/merah ~ dipotong dadu
3 bj cili kering ~ dipotong
3 sudu minyak sayuran
1 sudu besar sos ikan
1/2 cawan gula
1/2 cawan cuka
1/2 sudu teh garam/secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili yg didadukan dan cili kering hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan masaklah hingga sedikit pekat.
Padamkan api dan boleh la dituang atas ikan td.

1 comment:

  1. salam ain.. alhamdulillah... dah try satu lg resipi ya.. sedapkan.. betul2 membuka selera kan.. yep.. tpg tu mmg banyak kegunaannya tu.. kalau nak buat sweet & sour fish pun boleh guna tpg tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...