Saturday, August 19, 2017

Kerabu Maggi Siam


Kerabu maggi siam ni memang kegemaran ramai la kat rumah ni. Rasa dia yang lengkap masam, masin, manis dan pedas sikit memang cukup membangkit selera la nak-nak time bulan puasa hari tu dah xtahu nak makan apa untuk berbuka. Bila cousin bagi maggi siam ni dekat sepuluh bungkus, my mom pon kata buat la kerabu maggi sebab the kids asyik minta beli kat bazaar je.

Maka tu la sebekas container besar kita buat ;)

KERABU MAGGI SIAM

Maggi Siam - dicelur
Sotong - dicelur
Udang - dicelur
Sosej - dicelur
Crabstick - dicelur
Sayur (optional : carrot, kubis, daun ketumbar, daun bawang)
Perahan air limau nipis - jika kurang masam
Sedikit cilipadi - dihiris halus

**Bahan-bahan ni sukatan ikut anggaran sendiri je.

1. Celur semua bahan-bahan dia kecuali maggi. Sama ada nak celur semuanya sekaligus atau asing-asing terpulang. Kalau boleh asingkan la sebab tempoh empuk/masak semua bahan tu tak sama. 
2. Celurkan bahan utamanya pulak iaitu maggi. Lepas tu jangan lupa toskan dan kemudian masukkan dalam mangkuk.
3. Masukkan perencah yang disediakan. Kemudian masukkan bahan-bahan sampingan dan gaul rata.
4. Kalau rasa tak cukup masam, sila perah limau nipis atau masukkan tomato then gaul rata.
5. Kalau nak rasa basah-basah sikit boleh la masukkan sedikit air rebusan tadi sikit. 

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...