Friday, April 10, 2009

It's simple, yet delish!

Ini menu breakfast anak-anak & hubby pagi ni. Having a son like Haziq, yg pandai makan buat i merajinkan diri la buat breakfast. Tak sampai hati sometimes tengok muka frust dia bila breakfast roti & kaya je or cream crackers cicah air gara-gara mummy dia yg lambat bangun or kemalasan. So, semalam dok berkira-kira nak buat apa for breakfast arini, so browse ler resepi-resepi yg agak-agak boleh dibuat breakfast & terjumpa la resepi ni kat blog syahani http://syahani.blogspot.com. Picked this because it's simple, yet delish. Senyum lebar haziq bila turun makan tengok pasta ni pagi tadi... "Thank you mummy, masak special tuk abang. Abang suka sangat". Adoiii... tak ke kombang mummy ko ni bang, bab bodek... no 1.

Memang sedap pada tekakku & sempoi betul resepinya. Buatnya pon x sampai 10min dah siap (provided pasta tu dh siap rebus lah ye ). Cuma kesian hafiy, x dpt makan sebab pedas pulak untuk selera dia. I tak pernah beli tuna yg ni, ingatkan tak pedas mana. Tu pon, lada hitam campak sket je takut haziq lak tak tahan. Kalau lebih sket, lebih kick ni. Ingat nak bagi anak dara cik bunga yg sgt minat pasta tu sket, dah siap packing dah pon. Bila dah nak sampai sek agama tadi, si haziq yg pantang nampak food nih & memula kata xmo bawa bekal dah nak pulak. Mmmm alahai, takde rezeki qistina la nampaknya. Asyu jugak yang untung.

PASTA TUNA SIMPLE
(Sumber: Sherene RNet)

1 can tuna cili ayam brand (minyak dibuang)
1 1/2 cup pasta (apa jenis pun, kalau spaghetti, boleh patah 2-3)
4-5 ulas bawang putih (cincang halus)
Olive oil untuk menumis
2-3 keping cheddar cheese slice
2 tbsp grated parmersan cheese
Serbuk lada hitam

1. Rebus pasta sampai masak. Jgn lupa letak minyak/butter n sedikit garam. Masak, toskan dan letak tepi.
2. Buang cili padi dalam tuna cili tu, tapi kalau nak lagi pedas biarkan
3. Tumis bawang putih dalam minyak olive oil, bila dah naik bau, masukkan tuna cili tadi. Tumis 2-3 minit, pas tu masukkan cheese cheddar dan parmesan cheese.
4. Bila cheese dah cair dan mesra bersama tuna, letak sedikit serbuk lada hitam.
5. Bila nak disajikan, gaulkan pasta bersama tuna. Siap!

* Tuna cili ayam brand ni quite pedas. So, if nak bagi anak2 makan, i suggest go for yg mild one.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...