Dessert for iftar 12 Ramadhan. Tak sah kalau x dibuat di bulan puasa ... memang sedap dpt makan benda yg sejuk je lalu kat tekak kan. Yang ni Dadih Vanilla. Ada some yang I tambah isi jagung tin-"creamy style corn".
Yang ni pulak Hafiy request, Dadih Milo. My personal preference is always the Vanilla/Plain one. Untuk variasi lain, selain dr tambah flavoured essence ... boleh juga if u all nak letak fruit cocktails dlmnya or just letak cocktails tu bila nak makan macam yg i buat before this >> here.
DADIH
(Sumber: Lynn Sham)
4300 ml air
15g agar-agar
350g susu tepung
300g gula
Esen vanila secukupnya
Secubit garam
Rebus agar-agar dgn 3300ml air. Bila dah larut, masukkan gula & masak lagi hingga larut. Dalam bekas lain, campurkan susu tepung dgn air panas (1000ml). Larutkan. Masukkan dlm campuran agar-agar tadi. Masukkan juga esen vanila & secubit garam. Masak hingga mendidih. Tutup api & tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Here's something to ponder, moga menginsafkan kita dengan nikmat yg ada
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bayangkan ...
Kita ada anak kecil, umur 3 tahun.
Satu hari, kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis, nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak, pisau itu 'menyeronokkan'.
Tapi kita lebih tahu, Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu,
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Dan,
Kasih sayang Allah kepada kita,
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah kepada anaknya.
nyamannn....
ReplyDeleteasyikkk klu makan
kannn ... sedar x sedar habis 2-3 bekas sekali hadap ;)
Delete