Skip to main content

Jom makan Dadih ...


Jom makan dadih ;) Cuaca panas-panas ... memang syok layan ... salah satu cara I nak suh my kids minum susu. Kalau kita buat air gitu je .. payah la dia nak minum. Bila dadih ni, sekejap je licin. Paling hubby & I suka, vanilla flavor .... Kalau perisa lain ni rasa macam x ori, kurang syiok sikit aaarrr ... hihi. The kids, biasa la... kalau buatkan milo flavor, yg tu la dia terkam dulu. Resepi Lynn Sham ni memang jadi pilihan sejak dulu ... suka tau, goyang habiss..

DADIH
(Sumber: Lynn Sham)

4300 ml air
15g agar-agar
350g susu tepung
300g gula
Esen vanila secukupnya
Secubit garam

Rebus agar-agar dgn 3300ml air. Bila dah larut, masukkan gula & masak lagi hingga larut. Dalam bekas lain, campurkan susu tepung dgn air panas (1000ml). Larutkan. Masukkan dlm campuran agar-agar tadi. Masukkan juga esen vanila & secubit garam. Masak hingga mendidih. Tutup api & tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Layan dadih dengan fuit cocktail sekali sekala, syok juga .. ;) mmm... nyamannya.

Comments

  1. Assalam ain,
    wah ain pun dah buat DDL tu ya..hehe
    ok kalau ain nak buat brownies tukan actually the recipe is almost the same cuma 2# recipe tepung ada kurang sikit & DDLnya ada lebih sikit( about 1 cup- 1can), & technique DDLnya tu diswirl kasi rata dgn the rest of the batter.

    kalau 1# recipe, technique just dallop the DDL, and just cover with the next half of batter, no swirling, so it all depends on you which u prefer.sebab bahan2 sama cuma method aje ada lain sikit..and i would recommend to use electric hand whisk sebab the first recipe i malas nak keluarkan so just use tangan aje..hehe
    ih yes please adjust the sugar content to ur preference k..
    happy baking..

    ReplyDelete
  2. singgah makan dadih kat rumah ain ya:)

    ReplyDelete
  3. kak anymz... sila2, mai la masuk .. ;)

    ReplyDelete
  4. banyak jugak resepi dadaih nih yek!! salin2 yg tak salin..hihi..tunggu baik semput dulu baru nak buat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula  melalui groups WhatsApp sejak pertengahan tahun lepas kalau xsilap. Bila dah berkumpul tu walau pun di alam maya memang kecoh sampai kadang-kadang beratus-ratus message yg masuk, ada yg hphone hang, ada yg keneneng nak baca celoteh yg macam-macam dr drama akasia, cerita shopping sampai la ke hal mesin basuh, piuk belanga semua. At last, kami bahagi-bahagikan group ikut kategori, memasak, biz, kasih sayang, jalan-jalan dan general. Tu pun kadang-kadang xsedar diri tersasar dari landasan ;). Tak ketinggalan, selain group menceceh, kita buat juga group mengaji. Syukur, alhamdulillah. Banyak manfaatnya, in sha Allah. Semoga kami semua istiqamah.
Seronok juga group mengaji kami walau pun sekadar di alam maya. Dapat juga kongsi ilmu sedikit sebanyak tentang hukum tajwid didalam Al-Qur'an melalui mereka yg berpeluang pergi belajar mengaji dengan ustaz. I terpa…

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Lama dok berhibernasi, tetiba keluar tayang sotong goreng kunyit je? Hehe ... Actually ada beberapa orang member pernah tanya, macamana I buat sotong goreng kunyit. Sebab katanya, bila dia goreng minyak meletup2 lak. So bila I buat satu hari tu, teringat la nak share kat sini. Tu yang beriya-iya pulak snap gambar .. ;) 
Tak tau nak kata, ni versi Kelantan ke or Siam, so I panggil versi kering je lah. Before kawin dengan my darling, x rajin pon buat style gini sebab dr kecik biasa makan yg jenis basah berkuah. Bila dah kawin, balik kelantan selalu tengok dan makan kakak ipar goreng style ni terus jatuh cinta gitu.
SOTONG GORENG KUNYIT (versi kering)Resepi: ain sweetthots
Sotong secukupnya - cuci bersih dan potong bulat Kunyit dan garam secukup rasa Bawang besar holland - potong bulat Cili hijau siam - xde, ain ganti dgn cili merah. Cili hijau siam lg best .. biasa diguna buat solok lada Kacang panjang - optional Minyak

Gaul sotong dengan garam dan kunyit secukupnya. Masukkan ke dalam k…

Tteokbokki

Tteokbokki a.k.a kek beras pedas antara street food yang sangat popular di Korea. Disebabkan anak-anak suka sangat makan masakan korea, kita pon ambil peluang la belajar memasaknya. Kali ni kita nak share cara masak Tteokbokki ni. Tak la susah mana pon nak buat. Di sekitar Ampang Avenue memang banyak mini market korea jadi x susah nak cari bahan-bahannya. Insya Allah bahan-bahan yg saya share kan di sini di jamin halal.
TTEOKBOKKI(my-sweetthots.blogspot.com) 1. Tteok (Korean rice cake)

2. Kek ikan (fish cake)
3. Telur rebus 4. Ikan bilis 5. Tangleweed 6. Bawang putih 7. Korean chilli paste (gochujang)  8. Serbuk cili Korea

9. Cili padi (kalau nak pedas) 10. Gula
1. Hiris bawang putih halus2. 2. Rebus air dengan ikan bilis & tangleweed untuk dijadikan stok. Setelah mendidih, tutup api & biarkan stok tersebut selama 10 minit. Buang ikan bilis & tangleweed tadi. 3. Rebus tteok (Korean rice cake). Pastikan tteok tidak melekat. Selepas masak, buang air rebusan.  4. Simbah ke…