Thursday, July 25, 2013

Puding Karamel Idaman


Puding Karamel memang favorite hubby sejak dari dulu, sebab tu I belajar buat sampai pandai, sampai it's perfect to our tastebud & yg I buat is the best he ever tasted .. I guess I dah mencapai my target (or else he wont be requesting it often, ye tak) ... hehe. Dulu-dulu I memang x suka puding ni sebab yg I pernah cuba masa kecil pudingnya jenis yg spongy sbb byk telur, dan sebab tu gak biasanya ada bau telur yg I x senangi. Disebabkan dia suka, I berjinak-jinak la menyukainya dan cuba cari resepi yg boleh diterima tekak I juga. Skrg dah jadi my fav and favourite the kids juga. Ok, enuff said ... macam terlebih membebel lak rasa ;) 

All this while, I've been sticking to the recipe shared by Mamafami >> here. Well ... dulu kala sebelum jumpa blog Mamafami, I ikut resepi dr buku SRT sekolah je yg memang best juga ;)

Dalam bulan puasa, xlengkap la kalau xbuat this pudding. Kebetulan bila nak buat hari tu ternampak resepi ni yg Kak Nor dah olah ikut citarasa dia sefamili. Terus lah try resepi dia pulak. Sedap, kena dengan selera I and my hubby.

PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya.


4 comments:

  1. Salam Ramadhan... menarik betul warna gula hangus dia.. saya teringin nak buat..tapi sebab manis sangat ..tak tercuba lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazrah, sy kalau buat puding ni mmg suka karamelnya gelap sikit, baru puas. Saya pon xsuka benda yg manis2 sgt ni. Tapi puding ni tanpa karamel tu xla manis mana. Jadi kalau nak makan tu mmg scoop sikit je gula karamel tu ... insya allah, xde la melampau kemanisan tu.

      Delete
  2. Salam ramadhan Ain ,ghajen menghapdet la ni hik hik hik
    mai sikit vit R tu kat Ai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Chik Mi,
      lupa nak inform tukun dpt dah. Tq ye. Haha ... Jangan puji2, xtau la angin rajin ni sekejap je singgah nya. X menentu tau.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...