Biasanya jarang I terliur sampai nak buat kek time bulan puasa tapi last week bila my office mate dok cerita dia teringin nak makan cheesecake, tetiba i pun jadi teringin. Terus teringat nak try buat brownies ni, yang pernah famous dikalangan blogger masak-masak selepas dikongsi oleh Maz dr Ilhamdapur 2-3 tahun lepas. So masa cuti last Friday I pon godek la sebiji brownies to fulfill my craving for cheesecake.
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Resepi: ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci)
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci)
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon
1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...
Catatan : Ni dah kali ke 2 maz buat kek ni dan guna oven usang kat sini yg hanya ada api bawah saja dan kek elok masak sekata, jadi maz cadangkan untuk lapisan cheese tu bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat.
No comments:
Post a Comment