Skip to main content

♥ Apam Keledek ♥


 Yeayy... tercapai hasrat nak makan apam ni akhirnya semalam. Lagi menu yg berasaskan keledek ye, di dapur saya ;) Kentut tu belakang kira lah... sedap ni weii... rugi sapa x cuba. Dok berkira-kira nak buat dari kat KB lagi .. ntah la apa yg dibz kan.. byk sgt program lepak melepak, cuci mata... borak kosong ^-^. Nasib baik la nekad nak buat juga, sbb dah beria2 usung keledek tu ke KL... dan... syukur alhamdulillah... x sia2 la mengapam lepas balik keje aritu. Sangat2 sedap i tell u, kaler oren asli apam tu pon cantik je kejadiannya, tapi dlm gambar, lain ler pulak kaler yg kluar... x percaya? Kena cuba la ye. Ni I letak banyak gambar apam nih, nak membuktikan kesedapannya. Will definitely do it again n again n again kalau ada keledek oren. Izah.. akak dah bagi feedback ni, pi amik keledek lam fridge tu, cepat bancuh.


Nak berterima kasih kat Mas yg bagi cadangan selongkar blog kak Ummi utk cari resepi berasaskan keledek ni. Thank you Mas, dgn respond mu yg sangat pantas! Dan yang paling penting thanks to K.Ummi & Madiha yang sudi berkongsi resepi apam yg sangat sedap tu.. Ha... berapa kali dah I sebut sedap ni. Bak kata seorang kawan kalau dapat makan yg sedap2 ... Saya Sukah!! hehe... Maka ... rajin2 kan lah diri buat sendiri ye kawan2 kalau nak rasa. K.Ummi... bagus sungguh letak search engine kat blog akak tu... kalau x berpeluh2 gak la nak cari. Maka dengan ini diisytiharkan keledek orenku dah habis... kempunan ler pulak nak try Kuih Bakar Keledek & Talam Lapis Keledek. Kena postpone dulu ni... sbb angin keledek masih ada lagi yang tak habis keluar ... ^_^
 

APAM KELEDEK
Sumber: K.Ummi & MadiHa

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 200 gm keledek (dikukus) (I guna keledek kaler oren tu, malas nak kukus... rebus ajer)
  • 180 gm gula kastor (I kurangkan 150 gm juga)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (I tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (I guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi. 

Comments

  1. cam x cukup lg tu..letak gambar byk2 bukti sedapnye.. kena antor kat sini sepinggan baru lengkap buktinya.. hihi

    ReplyDelete
  2. haha..akak...saya baru duk skodeng blog kak umi tadi tengok apam keledek ni..hehe..kalau guna kledek jepun ok tak kak rasa? ala akak guna double action bp ek..

    ReplyDelete
  3. salam ain..

    mekasih ye sudi cuba resepi apam keledek tu.. akak pun dah lama tak buat tau.. memang sedap apam tu.. resepi tu akak dpt dari makcik yang pernah ke kelas masakan dah lama dulu.. dia sendiri pun tak pernah cuba lepas2 dia pegi kelas tu.. hehehe.. thanks to my auntie gak yg share resepi ni... kalau nak tengok akak punya pos pasal apam ni.. kat bawah tu akak letak link.. masa tu akak belum ada blog.. cuma ada fotopages jer..

    http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1748183

    ReplyDelete
  4. Yani: haha... jauh tu... nnt dpt apam kulat pulak.

    izah: keledek jepun camne eh? yg panggil sweet potato cam kat JJ tu ke? yg biasa org jual kat kiosk tu? rasanya ... mesti sedap kalau yg tu.

    MaDiHaA: tq sgt2 ye, x lokek resepi ni. dh ain update linknya tu. mmg akan ain ulang buat n buat lagi.

    ReplyDelete
  5. nak kasi keluar abis anginnya ya.. makan nasi tabur serbuk lada hitam (guna lada hitam tumbuk sendiri). tak pun minum air teh hangat yg dimasukkan hirisan halia.. pastu get ready dgn bunyi tembakan meriam atau mercun buluh!! heheheh

    ReplyDelete
  6. wah menarik yer apam ni...nengok pun gebus jer...tu la kan saya pun kalau mkn keledek ni berangin jer perut ni...haha lawak kak nor siap bunyi mcm meriam lak tu...hehehe

    ReplyDelete
  7. akak...mas sungguh tergoda tengok apam akak ni..
    percaya bila akak berkali2 kata sedapp...
    nampak lembut dan gebu la....
    mesti try ni....nanti nak korek keledek kt pasar dulu......keledekk..mana kau keledek...he...he...

    ReplyDelete
  8. Salam Ain - Laaaah apasai dah habis baru bgtau akak...x aciii taaauu...nak jugak....hehee, sedap kan! Tu kak Nor tu...citer kes apa pulak tembak-menembak segala tuh? hehehehe

    ReplyDelete
  9. ain.. ko guna acuan kecik camne weih?

    ReplyDelete
  10. K.Nor: klaka la akak ni.. kluar bunyi meriam pulak.. iskk... mana nk sorok muka kalo tembakan kuar depan org bertubi2 ni... halia penah dgr, tp nasi dgn lada hitam xtau pulak...

    Nieza: Kalau tgk sifu yg buat lg gebuss... geramm I

    Mas: Korek2 cepat..

    K.Ummi: purposely kak... sbb takut akak mintak .. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula  melalui groups WhatsApp sejak pertengahan tahun lepas kalau xsilap. Bila dah berkumpul tu walau pun di alam maya memang kecoh sampai kadang-kadang beratus-ratus message yg masuk, ada yg hphone hang, ada yg keneneng nak baca celoteh yg macam-macam dr drama akasia, cerita shopping sampai la ke hal mesin basuh, piuk belanga semua. At last, kami bahagi-bahagikan group ikut kategori, memasak, biz, kasih sayang, jalan-jalan dan general. Tu pun kadang-kadang xsedar diri tersasar dari landasan ;). Tak ketinggalan, selain group menceceh, kita buat juga group mengaji. Syukur, alhamdulillah. Banyak manfaatnya, in sha Allah. Semoga kami semua istiqamah.
Seronok juga group mengaji kami walau pun sekadar di alam maya. Dapat juga kongsi ilmu sedikit sebanyak tentang hukum tajwid didalam Al-Qur'an melalui mereka yg berpeluang pergi belajar mengaji dengan ustaz. I terpa…

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Lama dok berhibernasi, tetiba keluar tayang sotong goreng kunyit je? Hehe ... Actually ada beberapa orang member pernah tanya, macamana I buat sotong goreng kunyit. Sebab katanya, bila dia goreng minyak meletup2 lak. So bila I buat satu hari tu, teringat la nak share kat sini. Tu yang beriya-iya pulak snap gambar .. ;) 
Tak tau nak kata, ni versi Kelantan ke or Siam, so I panggil versi kering je lah. Before kawin dengan my darling, x rajin pon buat style gini sebab dr kecik biasa makan yg jenis basah berkuah. Bila dah kawin, balik kelantan selalu tengok dan makan kakak ipar goreng style ni terus jatuh cinta gitu.
SOTONG GORENG KUNYIT (versi kering) Resepi: ain sweetthots
Sotong secukupnya - cuci bersih dan potong bulat Kunyit dan garam secukup rasa Bawang besar holland - potong bulat Cili hijau siam - xde, ain ganti dgn cili merah. Cili hijau siam lg best .. biasa diguna buat solok lada Kacang panjang - optional Minyak

Gaul sotong dengan garam dan kunyit secukupnya. Masukkan ke dalam k…

Jus Kurma Bersusu ... I'm Lovin' It

Assalamualaikum & warm welcome to sweetthots (^__^) ...
Before I continue, here's a daily reminders of the day ...

-Daily Reminders-الله
Watch your thoughts, they become words. Watch your words, they become actions. Watch your actions, they become habits. Watch your habits, they become character. Watch your character, it may determine your final destination!
Hari ni nak share this one drink yg tengah hot di dapur sweetthots. It's such a pleasing breakfast treat! Seisi rumah kami tgh dilanda demam Jus Kurma Bersusu ni. Hampir terlupa suatu ketika pernah buat this juicehere until last few weeks my colleague Fiza tanya I tentang resepi puding yg pernah I cuba. Masa belek-belek my own blog, ternampak ni ... terus dah teringat-ingat and I just love to prepare this drink for the kids sbb without much forces I berjaya buat depa makan kurma, minum susu & makan madu !! Alhamdulillah ... And that's the reason I'm telling you ... I'M LOVIN' IT ...to bits …

Almaeda Restaurant @ Ayer@8 Precint 8, Putrajaya

Dah lama x share pasal tempat-tempat makan. So hari ni I nak share new eateries in Putrajaya. Quite interesting place walau pun masih banyak kedai-kedai yg kosong. Antara yg I nampak hari tu (xsempat nak round sebab nak cepat pon ye, dah nak kejar maghrib pon ye) ada Fuel Shack, Hot & Relax dan Teh Tarik Place.
That day bila diumumkan anak-anak UPSR kena resit paper BI pulak tu, I pon bagitau hubs nak try makanan kat Ayer8, Putrajaya yg xjumpa the day before. Untuk memujuk hatinya yg lara tu kan ... Sensitif bebenor ... dok tangkap leleh je dalam kereta. Kami actually stayed 2 nights kat Hotel Pullman sebab my hubs ada training kat situ. Tapi pagi-pagi menderas la balik Ampang, nak hantar Haziq ke sekolah. Nasib baik exam start 8.15am & we all sampai around 7.15 - 7.20am mcm tu. 
Bila kat Putrajaya, mcm buntu je bab-bab makan ni. Lemau lak bila mikir nak makan kat Alamanda so I tanya member2 kat group whatsapp. Kak Long kawasan suggested this restaurant. Roti Giant & kamb…

Kuih Keria 'International' Haji Jalil @ Limbongan

Kalau dah sampai area Klebang ni, harus lah singgah kedai Tuan Haji Jalil yang dah cukup terkenal kat Melaka dan 1 Malaya ni. Tempatnya di Limbongan - Klebang Kechil, Melaka. Kat tepi jalan je, tapi hari tu excited sgt ... lupa nak ambil gambar lokasi. U ols bayangkan je la ... out of 5 visits, kali ke 5 okeh baru I dapat merasa kuih ni sbb tiap-tiap kali pergi asyik habis. Yang I dapat tengok, dulang kuih je ... huhu. 
Nak lepaskan kempunan datang jauh-jauh dari masjid tanah, kami makan ler laksa. Tapi, SERIOUSLY ... laksa Haji Jalil memang TERBAIK lah, antara laksa yg tersedap I pernah makan. Trust me, no regret. Kalau tengok orang-orang yang datang membeli kat sini kan, rata-ratanya mesti order laksa gak. Sama laku dengan kuih keria dia lah ... kalau x, xde la Haji Jalil masak kuah laksa seperiuk besar .. entah-entah beberapa periuk besar ;). So kalau u all sampai sini, jangan lupa cuba laksa juga. Gerenti x menyesal punya. Cukup rasa ikan, masam masinnya ... pendek kata secukup r…

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Orang kata untung keje kat area MV nih ... tapi bagi kitorg yg dah dekat 3 tahun opis pindah kat sini, dah buntu dah mikir menu lunch. Kalau dapat pekena Nasi AYam Kunyit Mat Rock kat atas ni, sedapnyaa...

Huhu ... mana nak gagau kat area opis ni. Orang yg pernah merasa mesti tengok gambar ni kecoq air liuq ..  terbayang ayam goreng yg sedap panas2 bersalut dgn sambal macam sambal belacan siam berserta potongan kacang panjang dan bawang holland .. agak menyengat la pedas dia tapi memang sedap. Cukup membuka selera dan memang boleh teringat-ingat. Kicap ada disediakan jika nak. Harga pon berpatutan.
Kita pon mula terpikat, hasil hasutan Kucing Oren nan gumukkss itew .. sila lihat entri dia yg ni. Gambar i ni lagi tangkap leleh kan, kan .. haha .. Memang dah lama menyimpan hajat nak makan since baca entri dia. But time I makan ni, berlaku secara kebetulan jer 2 bulan lepas. Pergi klinik area Jln TAR, macam buntu lak tetiba nak makan apa sbb lalok kena jab ala2 penangih dadah tgh high .…

Kuih Buah Rotan

Kuih yang dah lama dibuat, baru sekarang nak tayang ;) Buat ni pun sebab hafiy request .. at last tak dimakannya pun sbb mummy nya ni goreng x rangup ler pulak. Isy... masalah yg serupa dgn ros kat jepun nun. Selain dipanggil buah rotan, ada gak yg menggelar kuih ni, kuih redan or kuih bijan. That day puas I google resepi ni & at last terjumpa kat rumah ros jintan manis ;) Rasanya memang sedap dah ... cuma part goreng tu ada fail sket la. Al-maklum la buat pun masa bulan puasa, bila tengok dah perang je terus angkat. Boleh goreng semula untuk merangupkannya ^_^
Buah Rotan
(Sumber: mesra.net oleh Fatimah Isa)

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecai…