Tuesday, December 17, 2013

Jus Kurma Almond Bermadu


Made this again last saturday, 2 hari berturut-turut. Bila buat setelah lama x buat ... macam ni lah jadinya ;) Tiap-tiap hari anak dok request ... ketagih lah tu  ... hehe ... even mlm tadi masa dinner pun tanya, "air kurma ada x mummy?". Mummy dah xlarat semalam, penat drive from PD, sakit tekak rasa nak demam. Buat xtau je la, xkuasa nak layan. Pada hal bukan lama pun nak membuatnya. Dulu kala buat macam yang ni je. Tapi ada sekali tu stok almond ada banyak dan takut rosak, I masukkan sekali, blend kasar-kasar je. Sedap pulak bila minum tergigit almond.

Hubby ada meeting kat Lexis, PD semalam tapi he was not in good shape on sunday tu. Back pain datang kembali. I rasa, dia xberingat masa time angkat barang. Macam gagah sangat. Serba salah la pulak tgk rupa dia yg dok menahan sakit tu ... nak suruh dia mc, dia yang kena chair the meeting. Habis tu camana, orang lain dah checked in, payment dah buat ... xkan nak cancel. So I ambil EL on monday, teman kan dia ke sana. Berceloteh banyak sangat eh, jom check out resepi ni ...

Oh ye ... sedikit perkongsian tentang khasiat kurma di sini.

JUS KURMA ALMOND BERMADU
Resipi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

10 biji kurma
500ml susu rendah lemak
150ml air panas
1 sudu makan madu
Segenggam almond - yang sebiji-sebiji dgn kulit tu, x perlu bakar
2 -3 gelas air sejuk

1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit. Buangkan kulit luarnya yang keras. Kalau nak cepat, rebus je kejap sampai air menggelegak terus tutup api.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan almond, kisar kasar je.
3. Masukkan madu, air sejuk & susu. Sebati kan rasa.
4. Simpan dalam chiller dulu sebelum diminum.
** Note: Kalau dah x menyempat-nyempat tu, boleh je tambah kiub ais dlm air tu mcm ni, or blend sekali dgn kiub ais.

Sunset view from the hotel ...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...