Tuesday, August 31, 2010

Kerang Tumis Bercili


Lagi menu awal ramadhan. Snap pon nak cepat je kat rumah mak ni. Actually x tau nak masak apa ... balik2 ikan, ayam, daging. Pergi kedai ternampak kerang terus beli sebab teringat Kerang Tumis Bercili Potret Kasih ;) Terus rasa berselera nak berbuka tau ... hihi. Ye lah, satu kelainan cara nak masak kerang, kan/ Anyway mine was a bit dry sbb ada buat something else masa ni, terlupa kat kerang lam kuali. I suka tengok Wana punya yg nampak lembab2 gitu ... her pics masakan pulak selalu je buat I telan air liur. Terima kasih Wana for the recipe! Simple but nice ;)

Resepi Kerang tumis bercili
(Sumber: Wana @ Potret Kasih)

1 kilo kerang
1 labu bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1 batang serai ( dikisar )
10 tangkai cili kering ( dikisar )
1 biji tomato (dikisar )
1 cm halia ( dikisar )
sedikit garam, gula secukupnya
serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan.
1. Cuci bersih kerang kemudian toskan.
2. Tumiskan bahan kisar hingga berbau harum dan pecah minyak.
3. Sesuaikan rasa garam dan gulanya kemudian masukkan kerang.
4. Boleh masukkan sedikit air jika suka kemudian kacau kerang tadi hingga masak….
5. Bolehlah di angkat dan dihidangkan.

1 comment:

  1. salam ain..
    tq sebab try resepi ni... harap ain suke...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...