Tuesday, August 31, 2010

Kuih Sagu Bronok


Kuih Sagu for berbuka, satu lagi menu yg dah expired pon ;). Guna resepi kak hanieliza. Manisnya sedang2 aje, I suka ^_^. Resepi k.liza mmg selalunya mudah & x menghampakan. Tengok yg orang lain buat versi kukus tu jadi lawa je sagunya. Next time, kalau rajin la kann... boleh la kukuskan pulak.

SAGU BRONOK
(Sumber: Hanieliza)

Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut muda
sedikit garam
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.

Kita x masak lauk sebab mak masak lauk burung puyuh. Sedapnyaa... dpt pulak kunyah daun2 kunyit dlm lauk tu.. I like!


Tapi ... no mood to eat rice. So, I makan dgn nasi impit baki buat soto hari tu. Baru puas hirup kuahnya. Thank you to my dear cousin Deeda & hubby yang tolong belikan kat Gemas, Luqman yg tolong salai burung ni & Pak Induk yg tolong bawakan all the way from Melaka ;) Masing-masing berselera makan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...