Tuesday, August 24, 2010

Cecahan Telur Rebus @ Nam-prik Khai Tom


Menu berbuka hari ke 4 juga. Ni kes nak menghabiskan telur rebus dapat masa cousin buat kenduri akikah anaknya. Menu yg sesuai utk I yg kesuntukan masa...  hai rindu betul nak blogwalking, intai menu buka kawan2, tapi nak buat camana, tup-tup bulan puasa ni la pulak kerja ofis datang bertimbun.

Husband memang suka masakan yg ada rasa masam manis, so memang kena la selera dia utk berbuka ni. Resepi shared by K.Nor juga ;)

CECAHAN TELUR REBUS @ Nam-prik Khai Tom
(Sumber: K.Nor Secubit garam)

2 bj telur rebus
5 - 6 biji cili padi merah dan hijau
2 sudu besar udang kering ~ dicincang kasar
5 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh gula pasir

Layur cili api atas frying pan. Carikkan dgn garfu (k.nor hiris2 dgn pisau jer)
Campurkan kesemua bahan2 lain termasuk cili td.
Curahkan atas telur rebus dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...