Menu dah basi ni. DoubleH memang suka la bila masak percik ni & sejak ada pan ajaib ni lagi la suka masak menu-menu sempoi macam ni, cepat dimasak, kerja mengemas pun mudah x percik minyak sana sini. Dah masuk 6 hari sejak insiden MH370 ;( macam hilang idea la selagi xtau kesudahannya ... sama-sama kita berdoa & tawakal mohon bantuanNya, lahaulawala kuwwata illa billahil aliyilazim ... Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah semata-mata, amin.
IKAN PERCIK
Beberapa ekor ikan kembung
6 biji bawang merah
1/2 inci halia
1-2 biji cili merah
1 keping asam keping
Garam dan gula
1 cawan santan pekat
1 batang serai
Blend bawang, cili merah, halia bersama dengan santan. Masak hingga pekat serta masuk garam, gula & asam keping - sesuaikan rasa.
Kuah percik dilumur pada ikan yg hendak dibakar. Bakar & lumur berulang-ulang sehingga masak.
Salam ziarah....
ReplyDeleteMy hubby & I memang suka anything about fish....
Must try this recipe...nampak sedap sangat tambahan kalau cicah dgn air assam!
Salam perkenalan Haliza,
DeleteKami anak beranak pon suka fish. Simple je resepi ni xsusah mana pun nak buatkan. Sila la cuba bila berkesempatan