Friday, July 25, 2014

Mushroom Soup


Salam Jumaat yang barakah. Tinggal 3 hari je lagi sebelum kita nak beraya. Ada yang dah mula bercuti dan balik kampung pun semalam. Zaman kanak-kanak dulu memang excited bila dah nak raya, tapi bila dah tua ni sedih rasanya nak meninggalkan bulan yg mulia ini. Dah hujung-hujung Ramadhan, the boys pun dah tak tau nak makan apa. 

Last weekend, Hafiy tetiba teringat nak berbuka dengan mushroom soup & garlic bread. So I buatkan la, refer resepi minami MyR as a guideline. Sepiuk hentak tau, I buat ... maklum la berbuka ramai-ramai kat rumah mak, xkan nak buat sikit je. I xmasukkan ayam pun, just guna kiub je. Selain fresh button mushroom, I tambah enoki juga .. mmg sedap sbb enoki ni bila masak mmg beri rasa manis kat kuah.

Jangan tanya mana garlic bread nya, xdan nak snap dah sebab kalut berbuka. Berselera betul si becok tu makan, mau dekat setengah bantal baguette tu dia sorang je tala ... hehe. Puas hati la tengok ... siap buat ala-ala roti banjir lagi, letak roti tu dlm pinggan, tuang mushroom soup kasi banjir ;)
 
MUSHROOM SOUP
Resepi: Minami133 Myresepi


Bahan-bahan (6 org)
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil2) - I guna fresh button mushroom
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Potong ayam kecil2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Tambah perisa, garam dan ajinomoto. Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

3 comments:

  1. Kak.. Terliurrr...hahaha kat mane nk beli fresh button mushroom tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat carrefour, aeon pun ada. Ni akak beli kat carrefour ampang. Eh lupa la, dah tukar jd aeon big, kan. Anyway Selamat Hari Raya ye Fiza, Maaf Zahir Batin :)

      Delete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...