Tuesday, August 7, 2012

Tepung Pelita


Adoyaiii ... lepas borak-borak dgn officemate tadi, rasa nak makan tepung pelita ni la pulakksss ... Sedap sangat dan puas hati sungguh la dgn hasil yg dibuat 2 minggu lepas untuk iftar nih. Tak sedar berapa ketul dah makan, tapi yg pasti pergi terawih perut senak betul mcm makan nasi 2-3 pinggan. Walhal kita x ambil nasi pon masa berbuka tu. Mmm ... tu la penangan ambil mknn yg bersantan kan, waima ada penggunaan tepung beras lak tu dlm kuih ni. Patut pon kenyang semacam .. hehe.

Macam biasa la ... tamak punya pasal, 3 bancuhan sekali kita buat. Haha ... At first, I cuma nak bubuh dlm bekas plastik bulat yg kecik tu je. Tapi adik I insist nak kan ada aroma daun pisang, beriya-iya la dia mengerah anak & bibiknya sekali tolong. So macam-macam size ada, tu la yg paling besar .. sebesar tapak tangan dia. Senang, makan satu dah konyang .. katanya (^__^). Memang best dan sempoi resepi Yani ni, dah lama sgt berhajat nak cuba bila tgk komen positif kat MYR. Tengok pulak post Izahdaut hari tu, lagi la x sempat-sempat. Alhamdulillah, teksturnya yg lembik-lembik mcm lemak yg menggeleber kat perut tu mmg kena sgt la dgn piawai tekak kami, berbaloi-baloi I tell you!

KUIH TEPUNG PELITA
resepi: Yani @myR
rujukan: Izah Daut

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.

NOTA: 
- I pun ikut tips yg Izah dapat dari joayee ni, mmg menjadi lah ;)
Sedikit tips dari joayee untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula.


No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...