Thursday, January 20, 2011

Ikan Bersos Thai


Menu tertunda last year ;) Tak sia2 cuba, memang sempoi tapi rasa memang marvellous lah!!!. Aroma & rasa bunga kantan serta limau purut tu memang sungguh membangkit selera. Puas hati memasak bila my 3 heroes enjoy betul makan. Definitely a keeper & akan diulang masak ni. Kita intai2 dr dapur K.Ummi, yang dia cedok dr Cik Mat Gebu.

Note: Kalau prefer pedas sket, boleh la tambah 3 - 4 biji cili padi.

IKAN BERSOS THAI
Resepi : Mat Gebu

Bahan-Bahannya :-)
  • 1 ekor ikan bawal sederhana besar ~ I guna siakap
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 kuntum bunga kantan, dihiris
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1 cm halia, dititik
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 2 helai daun limau purut, dihiris
  • 2 camca besar sos ikan
  • 1 1/2 camca besar cuka makan
  • 3 biji cili merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)
    I tambah sedikit daun ketumbar
Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum.
  3. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi.
  4. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  5. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera....yumm yumm..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...