Thursday, March 6, 2014

Baked Pasta



Selain dari kek, I buat baked pasta ni hari tu sebab tau memang sentiasa ramai peminatnya. Ni yang habis dulu hari tu sampai terlupa nak snap yang dah masak. Actually semua resepi yg ada sos merah & putih, lebih kurang je bahan-bahan dan caranya .. tapi kali ni saja gatal nak cuba resepi dayang jack ni. 

BAKED PASTA
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan - untuk 4-5 orang makan
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
150 g minced beef/chicken - guna beef
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato
1 sudu besar mentega

Sos Putih
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano


Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih.
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...