Thursday, March 27, 2014

Roti Doh Sponge & MH370 berakhir di Lautan Hindi


Lama betul tau I x meroti kat rumah ni sejak BM rosak. Terima kasih kat mek Jah yang berjaya meniup angin meroti I yg dah lama suam-suam kuku je ni. Dek tergoda menengok kegebusan roti dia tu lah maka semalam daku meroti jugak :) Untuk roti ni kene buat doh sponge nya dulu baru diadun dengan bahan-bahan roti pulak. Masa dah start membancuh doh A tu I was so confident ada tepung roti, sekali bila nak timbang habis selongkar almari baru ler sedar xbeli rupanya. Tak pe ... disebabkan semangat dah membuak-buak tu maka kita teruskan juga dengan tepung gandum je. 

Alhamdulillah roti maintain lembut gebus, x caya tengok je isi dalam yang I dah siat kat bawah ni. Best, xyah nak masuk bread improver semua tu. Boleh ulang buat lagi, mungkin nak tambah gula sket dalam adunan untuk jadikan roti manis pulak.


ROTI DOH SPONGE
Resepi: Puan Zarina

Sumber: Izah

Doh span (A):
420gm tepung high protien
250gm air
5gm yis

Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
Pastu biarkan dlm bekas tertutup 3 -4 jam.

Doh (B):
180gm tpg gandum
100gm gula kastor
6gm yis
3sudu besar susu tepung
Garam
40gm mentega
30gm shortening
1biji telur
50gm air


Campur semua bhn kecuali mentega dan shortening. Mix perlahan dan masukkan doh (A)..mix dan masukkan mentega dan shortening. Mix sampai jadi doh yg licin dan elastik. Rehatkan 10min kemudian bentukkan. Berat doh 50gm. Biar kembang 2x ganda barulah dibakar...

* I serahkan tugas menguli pada cik putih mixer kesayangan, senang you ... dapat la akak berwhatapps bertelegram sementara dia buek kojo tu kan ;)

Yang ni tabur shredded cheddar cheese dan gula


Ada baki 2 ketul, kita tabur serunding ayam.


Berbalik kepada cerita MH370, dah beberapa hari sejak pengumuman yang dibuat oleh PM. Walaupun tiada ahli keluarga mau pun rakan-rakan sendiri yang terlibat, kesedihan tu masih terasa. Hati masih mengharap yang ianya bukan satu realiti ... ;(




4 comments:

  1. wah ain...dah 2 blog makcik masuk...tunjuk roti.....nampak mcm senang sangat kejadian roti yang ni...nak cuba lah...kot:)), makcik tumpang resepiye

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik ... mmg syiok pekena roti hat keluar hangat2 dr oven kat rumah. Kalau malaih, pi beli roti benggali penang tu la noo ... hihi ;)

      Delete
  2. sedaaapppp ni...

    keep praying..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulan ... ye sila sinsing lengan untuk menguli ye kalau rajin, kalau x campak je dlm bm atau mixer, biar mesin tu yg buat keje ;)

      Delete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...