Wednesday, April 9, 2014

Butter Cheesecake


Last 2 weeks my aunty kat melaka tu dok tayang kat our family whatsapp group the cakes she baked nak bawa balik kg untuk santapan my induk. Terliur pulak menengokkan marble kek dia tu. Dan dan tu jugak la I rasa nak makan butter dan marble cake youuuu ... maka terus masuk dapur & buat. Bukan 1 jenis tau, i buat 2 bijik terus okey ;) hahaha ... puas hati. Maka tetamu2 I yg datang menumpang mandi pun dapat ler tempias makan kek butter ni (rumah I je alhamdulillah air x putus ... kalau x xtau la mana nak mandi & basuh baju), termasuk my mum. Mak & cik wa preferred the marble cake (nanti i share resepinya pulak) tapi my other sister suka this one.

I jumpa resepi ni kat blog zila4ever, memang menawan betul tengok kek dia jadi xsabar nak rasa tau.  My pic here didnt do much justice to the taste sbb I was in a hurry. Dah tu ... tengok je la tu lubang2 udara pun banyak ... hehe ... lupa nak hentak sikit mold tu sebelum bakar.

Resepi asal dr Chef Norzailina. Dah lama famous rupanya kek ni among bloggers masak-masak, I je x aware. Memang sedap kek ni but still I prefer to cut down the sugar amount sikit je lagi then it will be just perfect to my tastebud. And as always, I prefer my cheesecake ada slight zingg supaya xmuak ... maka I added a few drops of lemon juice to the batter.

One more thing yg buat I excited baking this cake hari tu ialah sebab nak try my bundt pan yg masih anak dara sunti tu ... hehe ... dah setahun kot peram lupa je nak guna. My friend Suzanne tu pun dah balik sini for good. Nasib baik hari tu teringat kalau x entah bila la nak rasmikan, kan.  Not so happy sebab ada tompok-tompok panau tu ... xdapat smooth surface lagi. Tak pe ...ada alasan la nak bakar kek lagi ni ;)

Here's the recipe, i dah edit amount gula tu for my future reference.


BUTTER CHEESECAKE
Resepi: Chef Norzailina

170 gm mentega
125 gm krim keju
250 gm gula kastor - 180gm/200gm will be just nice for me
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
1½ camca teh serbuk penaik } diayak
2 camca teh vanila
5 biji putih telur
1/8 camca teh garam

Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.
Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.
Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.
Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...