Tuesday, April 14, 2009

Sour Cream Coffee Cake

Raya yang lepas, lepas seminggu raya tu memang macam rajin la pulak ber'baking'2 ni. Macam lepas gian sebab tak dan nak wat kuih raya gara-gara pulun keje. Jadi, bila jenguk RNet mailing list feedback dr Mama Ghock http://thebakingstudio.blogspot.com ttg kek ni, tak sabar-sabar rasa nak cuba. Tengok nama kek (Sour Cream & Coffee) pon dah berkenan. Terbayang-bayang rasa kopi & sour cream tu, mmm....

Pastu bila kat rumah, dah memang siap semua barang & resepi kat sebelah ni. Biasa la, belek balik... kot-kot ada barang yg tercicir ke. Tetiba, rasa macam salah print resepi je sbb tak jumpa coffee as one of the ingredient. Apa lagi, tergendala projek. Email kat mama ghock tu tanya balik. Rupa-rupanya mmg betul dah resepi ni. Tapi disebabkan hati tertanya-tanya kenapa kah kek ni ada nama kopi, ku teruskan jugak godek sebiji. Nak pulak aritu baca komen si pemberi resepi tu "This very moist coffee cake recipe was given to me by a friend and it is always a hit!", lagi la dah tak tertanggung kempunan akak ni. It's indeed a yummy cake ... gebu, terasa & wangi bau kayu manis, akan tetapi takde rasa kopi pon kat kek tu. Hhmm... mungkin mat salleh biasa makan kek ni masa minum kopi kot .


SOUR CREAM COFFEE CAKE
(Sumber: reina Mealtimemenus)

1/2 cup butter, softened
1 cup sugar
2 eggs
8 oz. sour cream
1 tsp. vanilla
2 cups all-purpose flour
1 tsp. baking powder
1 tsp. baking soda
1/4 tsp. salt

Topping (mix all together)
1/3 cup brownsugar
1/4 cup sugar
2 tsp. cinnamon

Layer cake batter, topping, cake batter and end with topping.
Bake at 325 for 40 minutes .

* Kalau telek rupa kek i tu, akan ternampak lah ye, ke tak selarasan surfacenya, ada yg macam berlubang plak skali tengok. I ingat tak perlu nak ratakan atas tu macam kek2 yg lain (dia slowly melt & jadi rata), so i pon biar je la seadanya. Rupa-rupanya sebab toppingnya ada gula, atas tu jadi garing sket & permukaan kek stay seperti yang kita letak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...