As Salam Jumaat yang barakah. U all suka x agar-agar sirap? Agar-agar sirap ni mostly semua orang pon biasa makan kan. Nostalgia ... masa kecik-kecik, agar-agar ni la yg kita selalu makan kat rumah orang kahwin, time kenduri and even raya. I suka yg letak biji selasih macam ni. Syok bila tergigit selasih tu. I guna agar-agar serbuk, selalu buat xde main sukat-sukat, tapi untuk rujukan I letak la kat sini.
AGAR-AGAR SIRAP SELASIH
Resepi : ain@my-sweetthots.blogspot.com
Bahan :
10 g agar-agar serbuk
2 sudu besar sirap rose - I suka guna brand F&N atau Saga
>< 200 gm gula pasir - atau ikut manis
1 liter air - boleh lebihkan sikit untuk tekstur yg lebih goyang ;)
1 helai daun pandan
sedikit pewarna merah jika perlu
Biji selasih - direndam hingga kembang, buang airnya
Cara membuatnya :
Satukan agar-agar bertali dgn air dan masak hingga agar-agar hancur.
Masukkan gula secukupnya dan kacau hingga adunan larut dan sebati.
Masukkan sirap dan daun pandan.
Biarkan hingga mendidih.
Tapis dan tuang ke dalam loyang atau bekas agar2 yang disukai.
Masukkan biji selasih yg telah direndam tadi. Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk.
Potong dengan pisau bersegi jika guna loyang @ keluarkan dari bekas agar2 dan boleh dihidangkan.
Sedap dimakan sejuk2 dari peti ais....
Nota :
Supaya senang mengeluarkan agar-agar dari bekas, bekas agar-agar perlu dibasahkan terlebih dulu, baru tuang agar-agar tersebut.
No comments:
Post a Comment