Tuesday, August 6, 2013

Cucur Udang Rangup


Cucur udang ni sepanjang Ramadhan ni je dah buat 2-3 round (bila buat mmg 2 kali ganda resepi ni) sebab best sangat-sangat. Rangup di luar, berongga-rongga lembut jer kat dalam. Penangannya ... sampaikan waktu sahur pun kadang-kadang kami 4 beranak dok layan cucur udang ... hehe ...

Tak ingat siapa yang menggoda tapi resepi ni dari blog Chef Delima Zamrud, yang dapat idea dr cucur jirannya.


CUCUR UDANG RANGUP
Resepi : Delima Zamrud

*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu (bersihkan buang kepala n janggut nyer)
*2 biji bawang besar (mayang)
*1 genggam taugeh (kalau nk letak byk pun boleh)
*1 cekak daun kucai (di potong panjang2)
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3-4 senduk tepung gandum (mengikut keperluan)
*Secubit serbuk kunyit (untuk warna)
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Masukkan semua bahan yg bertanda * dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan2 seperti dalam gambar.

(Courtesy to Chef Delima Zamrud utk gambar-gambar di bawah)


Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar jgn terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.



Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis seperti dalam gambar. Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali seperti dalam gambar biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.



Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.

Another serving suggestion recommended by the Chef:

Gunting kecil2 cucur udang ni, campurkan dengan potongan timun, sengkuang dan tauhu goreng - siram dengan kuah kacang. Jadi la ala-ala pasembuq, kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...