Wednesday, August 7, 2013

Sup Ikan Ala Thai


Sup ni I masak for sahur bbrapa minggu yg lepas. The recipe was shared by my colleague kat our Whatsapp group, dia skodeng resipi dr majalah kat kedai ;) Thank you Zarina. I x nampak keseluruhan resepi tu, so ada sstgh ingredient yg di adjust sesedap rasa je.

Sedap sup ni, definitely a keeper ... berbeza dr sup yg normally I masak ... the recipe called for daun pandan & daun limau purut mmg sgt thai lah kan. Ok la, nak get ready for the last day berbuka  for this year.

SUP IKAN ALA THAI
Sumber: ain sweetthots

Beberapa keping ikan - anggaran 500g
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 biji bawang merah }
2 ulas bawang putih  }
2 inci halia                } dihiris memanjang
Serbuk perisa ikan/ayam - ain x letak
5 biji cili api          - dipotong serong
2 biji ubi kentang  - dipotong dadu
Garam secukup rasa
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Sedikit minyak utk menumis
5 cawan air
Sedikit bawang goreng

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, kulit kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih, buah pelaga, cili api, daun limau purut dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan ubi kentang. Biarkan mendidih sehingga ubi empuk.
Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api sederhana.
Tambahkan garam dan sedikit serbuk perisa ikan.
Taburkan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng semasa menghidang.


No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...