Mengantuknyaaa ... dah berapa kali menguap, kalau x puasa boleh pi buat kopi sat ;) Menu iftar di hari minggu baru-baru ni. Nampak Yatie buat, teringin pulak nak rasa Soto kuah lemak. Sedap tau, tambah sikit sambal kicap, fuh ... terangkat ;). Abaikan rupa soto I yg nampak x berapa presentable tu - (kekurangan bahan hias, bawang goreng lupa nak letak, ayam racik2 dah habis, taugeh pon tinggal berapa helai je) ... Time sahur baru teringat nak snap (haha ... sempat lagi kan dlm pada mengantuk2 tu).
SOTO MADURA
Resepi: Yatiememories
1 ekor ayam – dipotong 4
1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
2 kotak santan kara/ayam brand (1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
4 cwn air atau secukupnya
3 batang serai – dititik
1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Garm dan sedikit gula
Bahan di Kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 labu bwng besar
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
sambal kicap
Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Nasi impit secukupnya
Baru teringat ada kacang tanah goreng ;) Rasanya kalau letak tempe goreng yg dipotong kecil-kecil pon best ni.
Cara Penyediaan:
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah/di celur. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.
- Ayam 3 keping tu di rebus hingga separuh masak bersama 3 cwn air. Manakala selebihnya di cincang kecil utk di masak bersama kuah soto nanti.
- Ayam yg telah di rebus tadi, angkat dan toskan. Lumurkan dngn sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng hingga masak. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura nnti, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
- Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
- Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
- Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih. Masukkan juga air rebusan ayam tadi ya.
- Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
- Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah/di celur. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.
No comments:
Post a Comment