Thursday, October 3, 2013

Sambal Kelapa Special (untuk Lauk Kari Ikan)


Tayang gambar dulu, nanti kita share resepi ye. Sambal kelapa ni memang special tau sbb xleh jumpa kat kedai. Resepi arwah MIL I, serve with Kari Kepala Ikan ... mmg terangkat lah. Lama dah nak kongsi resepi ni tapi asyik lupa je.

Sorryyyy .... lambat ... too many things on my plate, kepala otak berserabut ... tu yang tak sempat-sempat and xde mood nak update. Harap kena dengan selera uols juga la ye. Husband I dan anak-anak memang bertambah-tambah makan kalau dibuatkan sambal ni bila masak kari.



SAMBAL KELAPA SPECIAL (untuk Lauk Kari Kepala Ikan)
Resepi: ain sweetthots

4 sudu besar kelapa parut (guna yg untuk disalut kuih mcm kuih buah melaka/kaswi lg sedap)
Anggaran 2 ibu jari halia ;)
4 biji bawang merah
4 - 6 biji cili api
Gula melaka/nisan secukupnya
Daun kari secukupnya
Asam jawa

Tumbuk kelapa & cili api hingga lumat. Masukkan bahan-bahan lain dan tumbuk lagi hingga lumat. Gaul sebati dgn asam jawa (letak sikit je air, biar pekat). Adjust la sesedap rasa.




3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...