Thursday, October 17, 2013

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)


Lama dok berhibernasi, tetiba keluar tayang sotong goreng kunyit je? Hehe ... Actually ada beberapa orang member pernah tanya, macamana I buat sotong goreng kunyit. Sebab katanya, bila dia goreng minyak meletup2 lak. So bila I buat satu hari tu, teringat la nak share kat sini. Tu yang beriya-iya pulak snap gambar .. ;) 

Tak tau nak kata, ni versi Kelantan ke or Siam, so I panggil versi kering je lah. Before kawin dengan my darling, x rajin pon buat style gini sebab dr kecik biasa makan yg jenis basah berkuah. Bila dah kawin, balik kelantan selalu tengok dan makan kakak ipar goreng style ni terus jatuh cinta gitu.

SOTONG GORENG KUNYIT (versi kering)
Resepi: ain sweetthots

Sotong secukupnya - cuci bersih dan potong bulat
Kunyit dan garam secukup rasa
Bawang besar holland - potong bulat
Cili hijau siam - xde, ain ganti dgn cili merah. Cili hijau siam lg best .. biasa diguna buat solok lada
Kacang panjang - optional
Minyak


Gaul sotong dengan garam dan kunyit secukupnya. Masukkan ke dalam kuali yg telah dipanaskan tanpa minyak. Sotong ini akan mengeluarkan air bila dimasak. Balik-balik kan sotong tersebut dan terus menggoreng sehingga airnya kering. 


Bila air sotong dah kering, tuang kan sedikit minyak disekeliling kuali. Goreng sotong sebentar. Agak-agak macam rempah kunyit yg melekat pada sotong hampir garing boleh la masukkan bawang, cili dan kacang panjang jika suka dan goreng sekadar ianya layu sedikit. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

** Nota: Selain sotong, ayam pun sesuai digoreng macam ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...